Isnin, 8 Julai 2013

SPR tak telus, belanja p’raya cecah RM500 juta

KUALA LUMPUR, 8 JULAI: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membelanjakan hampir setengah bilion ringgit untuk perbelanjaan pilihan raya, dedah ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Ia berikutan permohonan SPR memohon peruntukan tambahan RM60 juta melalui usul Rang Undang-Undang Perbekalan yang dibawa ke Parlimen hari ini.

“Ini bukan sahaja jumlah yang jauh lebih tinggi. Tetapi apa yang dipersoalkan ialah ketidaktelusan dalam memperinci perbelanjaan,” katanya pada sidang media di lobi Dewan Rakyat.

baca lagi ..


“Dokunen tak lengkap. Hanya nyatakan RM465 juta untuk belanja mengurus pilihan raya. Kita nak tau bagaimana terlalu banyak perbeza daripada anggaran asal sebanyak RM45 juta,” kata Rafizi.Rafizi_Parlimen

Katanya, SPR sebelum ini menerima peruntukan RM45 juta, ditambah RM360 juta melalui peruntukan tambahan pertama.

Namun sebahagian perbelanjaan mengurus pilhan raya kepada SPR digunakan pada 2012 iaitu sebanyak RM360 juta dan telah diluluskan dalam belanjawan kali pertama.

“Kali ini (SPR) minta RM60 juta tambahan buat kali kedua, menjadikan jumlah RM465 juta

“Kita hanya dapat tahu keseluruhan (belanja) mungkin dalam setahun akan datag apabila kerajaan membentang belanjawan 2013, 2014 dan seterusnya,” kata Rafizi.



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: