Isnin, 8 Julai 2013

Acara baru dalam Sukan SUKMA .. rogol bergilir-gilir!

Tak sangka pula ada acara baru dalam Sukan Malaysia (SUKMA) kali ini. Acara rogol bergilir-gilir. Itulah hakikat yang kita perlu telan kali ini. 3 atlet SUKMA didakwa merogol seorang atlet yang lain dalam bilik penginapan.

Ingat renang berganti-ganti, 4 x 100 .. rogol berganti-ganti pun ada .. macam - macam ...


Perlakuan ini memang mencemar SUKMA dan aku harap pesalah dihukum berat kerana memalukan SUKMA dan yang lebih penting jenayah harus dihukum!

baca lagi ..


SERDANG: Tiga atlet bola baling, berumur antara 18 dan 19, telah ditahan berhubung kes rogol rakan sepasukan daripada skuad wanita.

Ketiga-tiga remaja itu
ditahan sehari selepas mangsa membuat laporan polis pada Rabu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Supt Lam Chin Fei berkata, ketiga-tiga remaja lelaki
itu ditahan reman sehingga 11 Julai ini bagi membantu siasatan.

"Kami mengklasifikasikannya mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

"Mereka boleh berhadapan dengan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan," katanya.

Gadis itu yang berumur 19 tahun, yang mengambil bahagian dalam Sukan Malaysia (Sukma), mendakwa dia dirogol di perkampungan sukan di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 3 Julai.

Gadis itu mendakwa telah keluar minum dengan beberapa rakan sepasukan pada malam dia didakwa dirogol.Perkara seterusnya yang disedarinya apabila dia berbogel dan ditindih oleh
seorang lelaki pada kira-kira pukul 4 pagi.

Dia mendakwa dirinya berada dalam keadaan separuh sedar apabila ketiga-tiga remaja itu merogolnya secara bergilir.

DSP Lam menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes itu supaya menghubungi hotline polis di 03-2052 9999 atau berkunjung ke balai polis berhampiran.[mStar]



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: