Pada 6 Julai lalu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan oleh Bernama telah menyelar sikap sesetengah pihak yang mendesak supaya
Akta Hasutan 1948 dimansuhkan tanpa memikirkan impak negatifnya.
Beliau menarik perhatian bahawa atas desakan pihak tertentu sebelum ini, kerajaan telah memansuhkan Ordinan Darurat 1969 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri
(ISA).
"Sekarang mereka bagaimanapun (desak) nak mansuhkan Akta Hasutan juga...saya tidak fikir ada perlunya, sebab apa lagi yang kita tinggal (ada) untuk melindungi
rakyat dan ketenteraman negara," katanya.
baca lagi ..
Mengulas lanjut, beliau berkata: "Tambahan, bila ia dihapuskan, semua fitnah, tohmahan dan kutukan yang dilakukan penghasut boleh dianggap dihalalkan walhal
demokrasi kita tidak menuntut begitu."
Apa tujuan Zahid sebenarnya?..
Perkara ini telah diumumkan oleh Najib sendiri sebelum PRU13 lalu sebagai telah dimansuhkan.. tiba-tiba pula Zahid Hamidi menegaskan ianya akan dipinda
bukan dimansuhkan?
Adakah Zahid Hamidi cuba memperlihatkan kepada umum bahawa janji yang telah dibuat oleh Najib Tun Razak ini hanyalah satu lagi pembohongan untuk meraih
undi daripada rakyat?
Adakah Zahid juga meletakkan dirinya bersama Ahmad Maslan yang baru-baru ini telah mendedahkan pembohongan Najib yang kononnya bantuan BR1M boleh bertahan selama satu tahun?
Datuk Ahmad Maslan memberitahu Dewan Rakyat hari ini Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dinaikkan kepada RM1,200 mampu menyara isi rumah selama dua bulan..
Berbeza dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan wang BR1M sebanyak RM500 boleh bertahan selama setahun.
Semasa pemberian BR1M 2.0 pada Februari lalu, Najib berkata sekiranya RM500 dibahagikan kepada 12 bulan setiap bulan satu isi rumah akan memperoleh RM41.60 dan ia mencukupi untuk menyara mereka selama setahun.
Atau Zahid sedang cuba menimbulkan persepsi bahawa Najib memang seorang pembohong maka dengan itu beliau tidak layak dikekalkan sebagai Presiden UMNO?
0 respon:
Catat Ulasan