Isnin, 1 Julai 2013

PKR atau PAS di DUN Kuala Besut sudah terjawab di sini

PKR sokong PAS bertanding pilihanraya kecil DUN Kuala Besut


PKR menyokong PAS untuk meletakkan calon mereka pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut di Terengganu.

Ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata perkara itu dipersetujui sebulat suara pimpinan PKR semalam.

Ia berbeza dengan kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam, yang mencadangkan PAS memboikot pilihan raya kecil DUN Kuala Besut bagi membantah
'taktik kotor' Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

baca lagi ..



Mengulas mengenai kenyataan Lim itu, Mohamad Azmin berkata: "Itu adalah pandangan peribadi dan beliau (Lim) akan usulkan kepada Majlis Pakatan...kita akan
dengar alasan beliau."

Pilihan raya kecil Kuala Besut bakal diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dr A. Rahman Mokhtar pada Rabu lepas.

SPR akan mengadakan mesyuarat khas Jumaat ini (5 Julai) bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil DUN Kuala Besut.

Pada PRU13, 5 Mei lalu, Dr A. Rahman mempertahankan kerusi Kuala Besut untuk BN setelah menewaskan calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.
- Bernama, Julai 1, 2013.



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: