Selasa, 23 Julai 2013

Gempar: Budak sekolah rendah bukan Islam disuruh makan di dalam tandas

Biro Pendidikan MIC sudah membuat laporan kepada Kementerian Pendidikan berhubung kontroversi keputusan sebuah sekolah rendah di Sungai Buloh yang didakwa mengarahkan pelajar bukan Islam makan tengah hari di tandas.

Pengerusi biro berkenaan, P Punithan berkata, mereka membuat aduan kepada Kementerian Pendidikan berhubung aduan yang mereka terima malam tadi.

Katanya, Kementerian Pendidikan menghantar pegawai ke SK Seri Pristana di Sungai Buloh sebelum tengah hari untuk membuat siasatan.

baca lagi ...


Sementara itu, Timbalan Menteri Pelajaran, P Kamalanathan dalam kenyataan petang ini menyebut, beliau meminta sekolah berkenaan untuk memindahkan kawasan makan sementara itu.

"Tindakan itu sedang dijalankan pada masa ini," katanya lagi di Facebook.

Mengulas lanjut, beliau berkata pihak sekolah tidak sepatutnya memindah kawasan makan ke tandas.

Katanya, jika kantin berkenaan ditutup untuk proses naik taraf, satu kawasan yang lebih sesuai perlu dikenal pasti untuk dijadikan ruang makan.

"Ini bukan tindakan yang betul. Sekolah sepatutnya melantik satu pengendali kantin sementara untuk menjalankan operasi semasa Ramadan," katanya lagi.

Siasatan ke atas kes berkenaan kini sedang berjalan untuk mengenal pasti jika sekolah itu tidak harus dikenakan tindakan, katanya. – 23 Julai, 2013.




# sila like "kami undi pakatan rakyat"






RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

ni sume punca si betina yg upload pic ni.... then tiap bukan2 walhal perkara ni da putuskn dlm mesyuarat PIBG.. means seluruh ibu bapa setuju,
ni bemakna secara lgsg.. si betina tu x hadir mesyuarat PIBG!!
pastu nk jd hero... walhal x tau hujung pangkal...
apsal betina x dtg mesyuarat PIBG?? sebab sibuk sgt ke..? diorg sorg je ke bekerja? ibu bapa lain x bekerja ke? ibu bapa lain x sibuk ke...?
lain kali jgn ponteng PIBG, pastu menyalak ble keputusan da dibuat oleh PIBG..
kan da kantoi kantoi ko xkesah sgt psl kemajuan sekolah ank ko..
cari betina ni lak.. hebahkn pasal die pula