Isnin, 29 Julai 2013

Astagfirullah ... 4 finalis ratu cantik Islam kecewa, tertekan dan sedih kerana tak dapat sertai pertandingan

KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali telah memaklumkan kepada penganjur Miss Malaysia World, Datuk
Anna Lim bahawa empat finalis beragama Islam tidak boleh mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik susulan daripada kajian semula terhadap fatwa
yang berkaitan dengan agama Islam yang dibuat berdasarkan undang-undang.

Menurut Lim, Che Mat telah memanggil beliau untuk memperjelaskan mengenai undnag-undang mengikut fatwa yang telah dikuatkuasakan dan sudah pun dilaksanakan.
Maka tiada apa perubahan yang dilakukan.

baca lanjut ..



"Keempat-empat gadis berkenaan kecewa, tertekan dan sedih," kata Lim.

"Peserta-peserta lain gembira dan ceria. Mereka sudah pun memulakan program Miss Malaysia World," tambahnya.

"Sedih bila mendapat tahu bahawa keempat-empat mereka tidak dapat menyertai pertandingan. Mereka cantik dan mempunyai banyak ciri yang berkelayakan. Mereka
mempunyai peluang untuk menjadi duta bagi negara kita," kata Lim.

"Saya berharap mereka dapat mempertimbangkannya semula sekiranya terdapat kemungkinan terdapat sebarang perkara yang boleh dilakukan," kata Lim.

Lim berkatam, finalis yang digugurkan daripada program Miss Malaysia World itu bagaimanapun dijemput sebagai tetatmu bagi acara berkenaan.


# sila like "kami undi pakatan rakyat"





RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: