pen buruk online ™ : penipuan PRU 13
PKR hari ini mendakwa seorang calon BN telah bertindak merampas, menawarkan rasuah dan memangkah kertas undi pos petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada PRU13, 5 Mei lalu.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa insiden itu berlaku pada 29 April lalu, berdasarkan pengakuan seorang petugas SPR yang namanya dirahsiakan.
Dalam pengakuan itu, beliau mendakwa mangsa bersama 24 petugas SPR yang lain telah dipanggil masuk ke dalam sebuah bilik mesyuarat oleh calon BN yang kemudiannya mengunci bilik berkenaan.
"Beliau dan petugas SPR yang lain diarahkan menyerahkan kertas undi pos yang kosong kepada calon BN dan dibayar RM100 setiap seorang.
"Keesokkan harinya beliau berasa tidak senang dan telah menemui semula wakil BN di bilik gerakan BN bersama empat petugas SPR yang lain.
"Setelah mendapat kembali kertas undi pos, mereka dapati kertas undi pos mereka telah dipangkah," dakwanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.
Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat petugas SPR terbabit di Balai Polis Jerteh hari ini bagi merekodkan bukti wujudnya penipuan dan penyelewengan pada PRU13 sebelum difailkan petisyen di mahkamah.
Tambah Rafizi lagi, saksi terbabit juga mendakwa sebanyak 20 kertas undi pos tidak dikembalikan, sebaliknya dimasukkan ke dalam peti undi oleh wakil calon BN berkenaan.
# sila like "kami undi pakatan rakyat"
- SILA BACA SYARAT & PENAFIAN KOMEN SEBELUM MEMBUAT ULASAN
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan