Rabu, 26 Jun 2013

Akan ada lagi hukuman dari tentera untuk Mejor Zaidi.. si pencetus lapor polis dakwat tak kekal..

PULAU PINANG: Pegawai Pemerintah Skudron 12 Pengkalan Tentera Udara Malaysia Butterworth Major Zaidi Ahmad yang membuat laporan polis kes dakwat tidak
kekal kini berhadapan dengan satu lagi tindakan iaitu melakukan kesalahan yang bertentangan dengan Akta Angkatan Tentera 1972. 

(Major Zaidi, isteri dan rakannya selepas membuat laporan polis apabila mendapati dakwat kekal tidak kekal. Kerananya, pelbagai masalah ditujukan kepada
beliau) 

baca lagi ..


Jika sabit kesalahan beliau akan kehilangan kelayakan untuk terus menerima elaun penerbangan sebanyak RM4000 sebulan.

Major Zaidi, isterinya, Puan Shafinah Abdul Hamid serta Juruteknik TUDM Butterworth, Jamal Ibrahim tampil membuat lapuran polis di Ibu Pejabat Polis Daerah
Seberang Perai Utara (IPD) Kepala Batas Pada 1 Mei lalu iaitu selepas mengundi awal pada Pilihanraya Umum ke 13.

Lapuran dibuat di hadapan L/Kpl Sharil Aida Sabu pada jam 10.58 pagi berkaitan cap jari pengundi yang mudah hilang bila dibasuh menggunakan sabun atau
pencuci pingan mangkuk.

Major Zaidi membuat laporan polis selepas dakwat yang sepatutnya kekal dijari beliau tidak kekal selepas membuang undi awal.

Hari ini, Zaidi telah dimaklumkan oleh pihak atasan bahawa Panglima Tentera Udara telah mengarahkan agar beliau dikenakan pertuduhan melakukan kesalahan
bertentangan dengan Akta Angkatan Tentera 1972.

Jika pertuduhan itu dikenakan terhadap beliau dan didapati bersalah mengikut peraturan sedia ada secara automtik beliau akan hilang kelayakan untuk terus
menerima elaun penerbangan RM4000 sebulan (walaupun pembicaraan belum
bermula).

Minggu lepas beliau ditukarkan kembali ke Pengkalan TUDM Butterworth dari Kuala Lumpur dan diarahkan membuat tugas-tugas selain penerbangan.



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

3 respon:

Tanpa Nama berkata...

Panglima Tentera Udara tu jenis bangang dan bahlul. Semua orang tahu kebaghalan Panglima Tentera Udara tu.

ZIRAHNAMIA berkata...

masyaallah...

Free Download Majalah, TV Series, Watch Anime & Movie Online @ ZirahNamia's Blog

taufik berkata...

awk tu dh bgus sgt ke nk ckp mcm tu pd org lain.