Hari ini rakyat Malaysia akan mendengar keputusan bersejarah kes mahkamah yang telah menarik perhatian umum semenjak empat tahun lalu.
Yang menjadi tumpuan dalam kes ini, tidak lain tidak bukan adalah Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk V. T. Singham akan menyampaikan penghakimannya hari ini berhubung saman kecuaian oleh keluarga A. Kugan, yang mati semasa dalam tahanan polis pada 2009.
baca lagi ..
Khalid yang merupakan ketua polis Selangor pada ketika itu menerima banyak tekanan selepas dituduh “menyembunyikan” kes kematian dalam tahanan.
Semasa perbicaraan, hakim mengatakan Khalid seharusnya mengadakan sidang akhbar untuk menjelaskan perkara-perkara kematian Kugan.
Khalid dalam sidang akhbar pertama mengatakan Kugan mati disebabkan terdapat cecair dalam paru-parunya. Akan tetapi bedah siasat kedua mendedahkan Kugan, 22, dipukul teruk, kebuluran di dalam tahanan dan meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang.
Mahkamah juga diberitahu Khalid tidak mengadakan satu lagi sidang akhbar untuk menjelaskan perkara ini dan tidak mencadangkan inkues diadakan. Tidak terdapat juga siasatan dalaman oleh pihak polis.
Keluarga Kugan telah memfailkan tuntutan RM100 juta terhadap polis dan kerajaan, secara spesifiknya menamakan Khalid, mendakwa beliau cuba menyembunyikan punca kematian Kugan.
Ibu Kugan, N. Indra menamakan salah seorang pegawai penyiasat mangsa, bekas anggota polis V. Navindran sebagai salah satu lagi defendan.
Ibunya mendakwa defendan-defendan gagal untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan Kugan semasa berada dalam tahanan polis. Kugan yang pada ketika itu berumur 22 tahun, ditahan di Puchong pada 14 Januari 2009, satu malam di lokap balai polis Puchong Jaya sebelum polis mendapatkan perintah reman.
Beliau kemudiannya dibawa ke balai polis Taipan USJ, Subang Jaya dua hari kemudian untuk disoal siasat. Akan tetapi, empat hari kemudian, beliau ditemui mati.
Navindran merupakan satu-satunya orang yang dipertanggungjawabkan untuk kematian Kugan. Beliau didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun. Beliau kini merayu di mahkamah berhubung hukuman itu.
Dalam saman sivil itu, Navindran mendakwa beliau dijadikan kambing hitam dan mengatakan terdapat 12 lagi orang yang terlibat dalam soal siasat Kugan.
Sepuluh saksi memberi keterangan dalam perbicaraan di hadapan Hakim Singham.
Menurut rekod polis, terdapat 122 kes kematian dalam tahanan sepanjang 10 tahun lalu.
Akan tetapi, angka dari pembangkang mengatakan terdapat hampir sekali ganda lebih kematian sepanjang dua setengah tahun lalu, menjadikannya 211 kes.
Kes Kugan telah menggemparkan negara dan dijangkakan akan diikuti secara dekat hari ini oleh rakyat Malaysia yang prihatin. - 26 Jun, 2013.
Kronologi kejadian kematian Kugan. - The Malaysian Insider, 26 Jun,
1 respon:
tak abis2 lg kes lepas...
Free Download Majalah, TV Series, Watch Anime & Movie Online @ ZirahNamia's Blog
Catat Ulasan