Khamis, 23 Mei 2013

Pegawai khas Sivarasa antara 18 ditahan

Seramai 18 aktivis termasuk empat wanita yang sedang bersoladariti bagi menuntut pembebasan aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim telah ditahan ketika kira-kira jam 9.45 malam tadi.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Muhammad Safwan Anang berkata, mereka yang ditahan termasuk pegawai khas kepada Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa iaitu Peter Chong dan semua yang ditahan telah dihantar ke Balai Polis Jalan Travers.

"Kira-kira jam 9.00 malam, beberapa aktivis ini memulakan ceramah di hadapan Balai Polis Jinjang dan tiba-tiba pihak polis datang memberikan arahan supaya kami bersurai.

"Tempoh masa untuk bersurai adalah 10 minit tetapi tak sampai 5 minit pihak polis terus membuat tangkapan apabila kami teruskan dengan ucapan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Sebelum ini, Adam telah ditahan di Bangsar Utama pada 18 Mei lalu di bawah Seksyen 4 (1) C Akta Hasutan dan Seksyen 124 B Kanun Keseksaan.

Beliau direman selama lima hari bermula Ahad lalu dan akan berakhir hari ini untuk didakwa di bawah Akta Hasutan di Mahkamah Seksyen Jalan Duta.

Adam, 24, disiasat kerana ucapannya pada satu forum di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor 13 Mei lalu.

Menurut Safwan, yang menjadi persoalan adalah sepanjang lima hari pihak aktivis dan penyokong Adam berada di balai berkenaan, tidak pernah dikeluarkan arahan bersurai.

"Mengapa baru sekarang?

"...tetapi kami tetap akan berada di sini dan akan ikut Adam ke mahkamah," dakwanya lagi.


# sila like "kami undi pakatan rakyat"






RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: