Sabtu, 4 Mei 2013

Jawapan "cerdik" SPR bagi insiden kertas undi dibawa keluar dari balai polis Manjung .. LIHATLAH!

oleh:
pen buruk online

Sebelum ini hangat isu dakwaan dari calon pakatan rakyat yang mendakwa dia terserempak dengan beberapa petugas SPR sedang sibuk memunggah kotak berisi undi pos dan kertas undi ke dalam kenderaan. Sila rujuk sini untuk penjelasan dan video sebagai rujukan.

Macam biasa, SPR akan memberi jawapan yang berbelit-belitbagi setiap isu yang dibangkitkan. Tujuaan dan motif sudah diketahui umum.

SPR dalam satu kenyatan telah memberi jawapan bagi isu tersebut seperti berikut:




- Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak Ahmad Adli Abdullah menjelaskan adalah prosedur biasa bagi kertas undi dibawa keluar ke tempat khas untuk semakan bagi memastikan tiada kecacatan atau kerosakan pada kertas undi berkenaan.

Beliau berkata daripada segi pentadbiran, SPR perlu menyemak kertas undi itu dua atau tiga hari sebelum pengundian biasa dijalankan bagi memastikan pengundian berjalan lancar pada Ahad ini.

SPR perlu membuat semakan terhadap kesemua kertas undi di tempat dan dewan yang ditetapkan dan sehubungan itu kertas undi yang disimpan di tempat simpanan rasmi di Ibu Pejabat Polis Daerah perlu dibawa keluar ke tempat khas itu, katanya kepada pemberita di Pusat Media SPR negeri di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menafikan dakwaan bahawa kotak berisi kertas undi bagi kawasan Parlimen Lumut dibawa keluar tanpa sebab dari tempat simpanan rasmi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung, semalam.

"Ini salah faham beberapa pihak berkaitan, dakwaan itu sepatutnya tidak timbul. SPR perlu membuat persiapan sebaik mungkin supaya ia dapat memastikan urusan pengundian biasa berjalan lancar. Daripada segi pentadbiran, kita perlu menyemak kertas-kertas undi pada dua atau tiga hari sebelum pengundian biasa diadakan," katanya.

Ahmad Adli berkata salah faham dan gangguan oleh penyokong sebuah parti politik itu telah menyebabkan proses semakan kertas undi oleh Pegawai Pengurus (RO) dan petugas SPR bagi kawasan Parlimen Lumut semalam tergendala, tetapi proses semakan telah dilakukan hari ini dan berjalan lancar.

Katanya RO Parlimen Lumut Datuk Zambri Man telah membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Semalam, calon PKR Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abdul Hamid yang mendakwa kotak berisi kertas undi dibawa keluar tanpa sebab dari tempat simpanan rasmi di IPD Manjung, membuat laporan di IPD Manjung.

Ahmad Adli berkata sebahagian besar RO melakukan penyemakan kertas undi bagi kawasan Parlimen masing-masing hari ini sebelum diserahkan kepada ketua-ketua tempat mengundi esok.

"Bukan hanya kertas undi sahaja, segala keperluan hari pengundian seperti dokumen, borang dan peralatan lain juga kita akan semak seperti bekalan botol dakwat kekal, pen dan pelekat keselamatan," katanya.

Beliau menjelaskan peti undi bagi pengundian awal membabitkan anggota pasukan keselamatan yang dijalankan 30 April lepas hanya akan dikeluarkan dari tempat simpanan khas di IPD untuk dibawa ke tempat penjumlahan undi pada hari pengundian.

Sementara itu, jurucakap media Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kontinjen Perak Supt Maszely Minhad berkata polis Perak sudah membuka kertas siasatan kes itu.

Beliau berkata polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 4G Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"Ketua polis daerah telah memanggil kedua-dua pihak iaitu dua calon yang bertanding, pegawai-pegawai dari SPR dan pegawai pemantau. Mereka telah berunding mengenai kejadian itu dan kedua pihak telah berpuas hati," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak hari ini.

Polis bagaimanapun menjalankan siasatan bagi memastikan kesahihan kejadian itu, katanya.- sinarharian
http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/spr-perak-prosedur-biasa-kertas-undi-di-bawa-keluar-ke-tempat-khas-untuk-semakan-1.156599

PBO: prosedur biasa? itu jawapan SPR. Tak masuk akal langsung. Tindakan SPR tersebut boleh mengundang curiga dari kaca mata pengundi.

Kita personal kenapa sebelum prosedur tersebut dilakukan tidak dimaklumkan terlebih dahulu kepada calon atau wakil yang bertanding? Bukankah cara yang SPR telah buat ari tu boleh mendatangkan manipulasi untuk tujuan penipuaan?

Prosedur oh prosedur hehehehe, APa nak jadi dengan SPR ni .. komen anda?





# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

9 respon:

Tanpa Nama berkata...

Aku. Doakan agar Allah menimpa bala yg sedasyat2nye kpd pengerusi spr dan timbalan dia dan sesiapa saje yg terlibat dlm penipuan pilihanraya ini. Amin.

Tanpa Nama berkata...

aminnn...

Tanpa Nama berkata...

jawapan bodoh tak bertempat

Tanpa Nama berkata...

Pru lps x pn nk semak, knp skg nk semak? Dl blh pelari kotak sebb rakyat x sedar, kini rakyat sdh bgn, jgn jd anjing

Tanpa Nama berkata...

kalo mcm tu baik kira jer turus...ngok chik betul lah!! tu lah pendidikan tahap SPR jer....

KTM jujur berkata...

aku Ketua tempat Mengundi..
semakan kertas undi tiada dlm SOP SPR.
hari ini hanya semakan bahan2 untuk mengundi seperti buku daftar undi, kertas undi, peti undi, peralatan mengundi. itu sahaja.
bukannya semakan kertas undi yang telah pangkah. harap maklum

Tanpa Nama berkata...

aku percaya syaitan 40% tapi aku langsung x percaya pada umgok lahanat ni

Tanpa Nama berkata...

kalau itu semua fitnah saja sanggupkah awak terima balasan dari Allah??? jangan tuduh membuta tuli kalau awak tak tau kerja orang.

Tanpa Nama berkata...

tiap kali nak pru kertas undi memang disemak dulu.. lain kali awak jadilah kerani atau ketua tempat mengundi kalau nak tau kerja. jangan tau cakap saja...