# sila like "kami undi pakatan rakyat"
“Beliau sanggup korbankan dirinya untuk memberi peluang untuk pejuang Melayu ... Beliau patut diberi tepukan gemuruh,” kata Ketua Umno Bahagian Pasir Mas Datuk Hanafi Mamat dalam satu perhimpunan di sini, sebahagian daripada kempen parti menjelang pilihan raya 5 Mei.
Hadirin, campuran penyokong Umno dan Ibrahim, memberikan Che Johan sorakan besar apabila tiba gilirannya untuk memberikan ucapan.
“Ambo kata soal ini bukan soal kena beli, kena pujuk, bukan soal arahan mana-mana pihak. Ini soal pengorbanan dan perjuangan,” kata Che Johan kepada hadirin, menerangkan tentang apa yang beliau beritahu kepada lembaga disiplin Umno semalam.
Beliau enggan memberitahu hukuman diatas tindakannya dan membiarkan Umno mendedahkannya tidak lama lagi. Parti tersebut telah memecat 61 orang ahli yang bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya umum akan datang.
Sumber dalaman Umno mengatakan Che Johan mungkin hanya digantung berbanding dipecat kerana beliau tidak bertanding sebagai calon bebas seperti Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim dan bekas menteri Datuk Seri Mohd Shariff Omar.
Majlis malam tadi diadakan di Pasir Mas untuk memulakan secara rasmi kerjasama diantara jentera Umno dan jentera Ibrahim dengan kehadiran lebih kurang 600 orang.
Apabila Ibrahim mengambil alih pentas, beliau disambut dengan sorakan dan pekerja kempennya mengagih-agihkan lencana yang tertera wajahnya dan logo bunga raya tertulis “Mesti menang demi rakyat”.
Beliau menyelar PAS kerana meletakkan orang luar Nik Abduh sebagai calon di Pasir Mas, menggelar anak kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz sebagai “kereta yang diimport dari Pulau Melaka” dan dirinya sebagai “kereta tempatan”.
“Dia ibarat kereta enjin dah rosak. Tok Him nampak buruk, tapi enjin nombor satu,” terang presiden Perkasa itu.
“Ambo bukan nak lawan Nik Abduh. Ambo bawa harapan dan impian rakyat nakkan Kelantan tersohor.”
Ibrahim enggelar dirinya sebagai anak didik Dr Mahathir. Menggelar dirinya sebagai anak didik penaung Perkasa dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Ibrahim berikrar untuk meningkatkan infrastruktur kawasan yang beliau dakwa diabaikan oleh PAS.
Beliau mahu memulakan industri pelancongan tempatan di Pasir Mas mencadangkan untuk dibuat muzium seperti Madame Tussauds di bandar itu. Madame Tussuads adalah salah satu tarikan utama pelancong di London, memaparkan patung lilin hidup selebriti terkenal dan tokoh.
Sebelum itu dalam ucapannya, Ibrahim memohon maaf kepada rakan-rakan Umno yang mana beliau mungkin pernah singgung dalam kempennya sebagai calon bebas.
Beliau juga memberitahu kepada hadirin, termasuk sebahagian lelaki Cina yang berpakaian segak, imej ultra-Melayunya dan rasis disebabkan oleh kempen jahat Pakatan Rakyat (PR).
Kempen di Pasir Mas dijangka naik momentumnya Ahad ini dengan Dr Mahathir dijangka hadir dalam satu perhimpunan menyokong Ibrahim yang akan diadakan di rumah Che Johan.
Sebelum ini spekulasi tersebar Ibrahim akan dilipih oleh Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak untuk mempertahankan kerusi Pasir Mas sebagai calon langsung.
Sebelum itu Dr Mahathir juga pernah menggesa BN untuk memilih Ibrahim, mengatakan beliau akan berkempen untuk anak didiknya itu.
Walau bagaimanapun, Ibrahim tidak disenaraikan tetapi BN Kelantan mengatakan pada Ahad mereka terbuka untuk membantunya melawan calon dari parti Islam PAS.
PBO: aku dah nampak semacam ia dirancang .. Najib tak mau Berahim, Mahathir mau .. mau ... mau ... hehehehhe .. apa komen korang dengan berita ini?
3 respon:
..maka bersoraksorailah gerombolan che Johan yang tewas tersembam dibumi pasir mas..Johan yang tidak kesampaian..'menang sorak' jer laa,kesiannya.
selain nk menang lawan PR, najib juga kena bersihkan umno dpd pengaruh mahadey. maka berahim ali mesti dicantas. ramai lagi calon potensi dipercayai dicantas kerana khuatirkan pengaruh mahadey.
zul nordin dijulang najib ada dua sebb:
pertama dia diletak dikawasan yg dia bakal kalah. maka najib akan kata dia dh letak org perkasa tp memang tkblh harap. so berahim n mahadey kena diam lah. perkasa tkleh demand apa2 kt najib.
kedua supaya nak tunjuk najib sokong zul Kulim dn dlm mesyuarat agung perkasa nanti mesti zul akan lawan berahim dan potensi menang. jika menang maka pegnaruh berahim dlm perkasa pun akan susut.
najib tgk zul Kulim ni jenis tk boleh dipercayai tp mulut celupar. so elok diguna utk hapuskan berahim katak/mahadey.
sengaja diletak zul kt shs alam supaya kalah. tp najib harap zul menang lawan berahim dlm perkasa.
zul Kulim pula jenis lalang. dia akan sokong sapa yg berkuasa, dia sanggup jilat abis2 org berkuasa. zul lebih bijak kerana bodek najib hingga mengiring najib ke makam kamal attaturk laknatullah.
kebodohan berahim katak kerana asik bodek mahadey saja. tak main lah bodek org dh tua tk berkuasa. tp berahim ni memang katak tk cerdik. dia cium tgn rosmah pun najib tetap tk calonkan dia. najib tau cium itu munafik. hati dia kuat kat mahadey. berahim dilihat menjadi alat mahadey utk ancam najib.
so mahadey sokong berahim. najib sokong zul. bukankah Nampak sgt mereka berlawan tu.
tp semuanya akan hilang ditelan zaman selepas PR menang nanti. INI KALI LAAAAAAH
Catat Ulasan