Rabu, 27 Mac 2013

Pelakon wanita 'bersekedudukan' tiga bulan tanpa ikatan yang sah

Bukan boleh dibuat main, tapi itulah hakikat sebenar yang harus diterima apabila pelakon, Siti Fazurina akhirnya akur dan terpaksa nikah untuk kali kedua
kerana pernikahannya bersama suami, Muhammad Hykal Zulkifli, 32, pada 20 Disember tahun lepas tidak sah mengikut hukum syarak.


sumber sini





# sila like "pakatan rakyat supporters"


Pernikahan keduanya telah berlangsung pada 20 Mac lepas, selepas 3 bulan mereka menjadi pasangan ‘suami isteri’.

“Pihak mahkamah telah mendapati perkahwinan Fazurina sebelum ini tidak sah kerana telah memberi maklumat palsu dan perkahwinan keduanya telah berjalan
dengan sempurna berwalikan adik kandung sendiri berbanding bapa saudaranya sebelum ini.” – Zubaidah Abu Bakar, ibu Siti Fazurina.

Menurut ibu Fazurina, pelakon ini telah memberitahu bahawa dia adalah anak tunggal selain menggunakan bapa saudaranya sebagai wali sedangkan maklumat tersebut
adalah palsu kepada Pejabat Agama Islam, Bahagian Timur Laut, Pulau Pinang.

Dalam pada itu, walaupun sudah bernikah kali kedua berwalikan adik kandungnya sendiri, ibu Fazurina ketika ditemubual memberitahu bahawa dia masih belum
terfikir untuk memaafkan kesilapan Fazurina.

“Siapa yang tidak sayangkan anak tetapi jujurnya hati saya sebagai seorang ibu masih terluka. Jika ingin meminta maaf dari awal lagi mereka boleh buat
begitu.”

Apa pun, semoga Fazurina dan suami hidup bahagia dan tak salah jika ibu memahami anak pula. Perkara yang lepas kan tak elok jika dikenang.




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: