# sila like "pakatan rakyat supporters"
Ekoran saman DSAI, Papagomo berusaha menonjolkan imejnya sebagai seorang hero, kononnya perjuangan yang dilakukannya semata mata tidak mahu manusia yang bernama DSAI yang tidak bermoral ditabalkan sebagai PM.
Papagomo tak ubah seperti beruk Mat Yeh yang cuma tahu panjat pokok kepala memetik kelapa untuk tuannya, beruk yang boleh berkata kata dan boleh me "reka" cerita dongeng untuk disebarkan oleh anak buahnya termasuk utusex dan berita hairan.
Papagomo tetap mahu bertahan dan mempertahankan cerita bohong yang sudah tidak perlu dipersoalkan lagi, dan untuk melawan saman DSAI, Papagomo terus mendedahkan pula cerita DSAI dan seorang mahasiswa serta mengemukakan dakwaan dia dipukul curi.
Gambaran yang cuba diketengahkan oleh Papagomo ialah keburukan perangai DSAI walaupun dia sepatutnya bersedia menjawab saman DSAI yang secara jelas dan diketahui mempunyai kelebihan dalam saman itu serta mahu menunjukkan penyokong DSAI sebagai tidak gentelman kerana menyerangnya kerana cerita yang pada Papagomo adalah benar.Itu yang Papagomo mahu buktikan walaupun untuk me "reka" bukti, Papagomo berbohong lagi.Bodohnya Papagomo sudah tidak boeh diajarkan lagi, tidak boleh melihat dan mengakui kebenaran lagi.
Papagomo berdepan dengan saman dan pendedahan demi pendedahan mengenai latarbelakangnya.Tetapi Papagomo tidak bimbang sebagaimana dia menyatakan dia mengikut idolanya Tun Mahathir, jelasnya Mahathir yang memberi jaminan kepada Papagomo, jaminan kewangan kerana Mahathir masih lagi antara jutawan di dunia dan jaminan politik kerana Mahathir masih perasan dia masih lagi ada pengaruh.
Dengan jaminan Mahathir inilah Papagomo terus bongkah dan melawan fitrah manusia yang inginkan dan menyokong kebenaran tetapi Papagomo terus bersikap hero tetapi sebenarnya bukan hero yang sepatutnya.Cerita Papagomo dipukul seolah olah mahu menggambarkan penyokong PR atau PKR khususnya berperangai samseng padahal yang samseng ialah penyokong UMNO.Malah samseng UMNO sudah lama beraksi sehingga ada penyokong PR yang cedera, sedangkan kali pertama didengari pencacai UMNO dicederakan.Dan pencacai itu ialah Papagomo, jadi Papagomo menjadi pencacai yang istimewa kerana dicedarakan oleh penyokong PKR.Papagomo kedengaran mencabar penyokong PKR supaya berdepan dengannya, bukan main pukul curi, tetapi Papagomo lupa samseng sekutunya sudah banyak main pukul curi.
Papagomo tetap dengan imej heronya menerusi perjuangan menyebarkan pembohngan dan dengan imej inilah Papagomo hidup mungkin mengikut arahan Mahathir.Papagomo tidak bimbang kerana Mahathir banyak duit yang boleh tolong Papagomo.
-tranungkite-
sumber sini
1 respon:
setakat koperal nak menipukan org lain..org2 bebal aje yg percaya kat dia...hassan kayu jati, ezam kotak, hafelda, brahim katak, zul, rahim tamby dan kwn2 lain bebal tentu sukakan papakedana ni..
Catat Ulasan