# sila like "pakatan rakyat supporters"
“Pelbagai dakwaan dilemparkan terhadap saya termasuk parti, kini dikatakan pula senarai calon yang ada pada Pusat, itu senarai baru yang dirombak. Jika benar dakwaan itu datang dari sumber Pas Kedah, bagi saya ia amat malang sebab dalam parti ada pengkhianat,” katanya kepada Sinar Harian.
Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, pengkhianat terbabit juga didakwa berniat jahat kerana cuba melaga-lagakan pemimpin-pemimpin dalam parti, terutama membabitkan calon yang diuar-uarkan akan bertanding.
“Saya sendiri sudah tahu siapa dalang di sebalik beberapa insiden lepas. Mereka ada niat jahat memburukkan parti dan mahu melaga-lagakan pemimpin tertentu untuk porak perandakan kesepakatan dalam Pas Kedah,” katanya.
Azizan sekali lagi mengulangi pendirian bahawa keputusan muktamad calon PRU13 akan diputuskan Pusat.
“Sampai sekarang pun Pusat belum buat keputusan akhir. Nama calon itu hanya akan diumum Pusat selepas bubar Parlimen, berdasarkan senarai yang diberikan oleh negeri,” katanya.
Bagaimanapun, Azizan mengakui senarai calon yang dipersetujui akar umbi dikeluarkan dua tahun lalu.
“Senarai itu yang ada pada Pusat, kena tunggu Pusat umumkan. Sudah berkali-kali saya tegaskan Pusat akan buat pilihan akhir,” katanya.
Azizan turut menyifatkan dakwaan wujudnya senarai baru calon Pas Kedah, adalah disebabkan calon tertentu bimbang namanya tidak tersenarai.
“Mereka yang dakwa senarai itu dirombak, itu menunjukkan mereka bimbang tidak tersenarai sebagai calon, sedangkan senarai yang saya hantar bukan senarai baru,” katanya.
Azizan turut mempersoalkan bagaimana senarai yang dipersetujui dikatakan tidak sah dan tidak mengikut prosedur, sedangkan tiada senarai baru dikeluarkan.
“Saya pelik bila senarai dikatakan tidak sah. Isu tidak ikut prosedur tidak timbul sebab kita amal prosedur biasa,” katanya.
Azizan berkata, amalan biasa yang diamalkan dalam parti ialah menerima cadangan daripada Pas kawasan bagi mereka yang layak untuk ditapis sebagai calon, dan usul itu dibawa berbincang dalam mesyuarat perhubungan Pas negeri.
“Nama-nama itu kemudian dihantar ke Pusat untuk diteliti oleh Majlis Syura, termasuk Lajnah Politik Pusat untuk melihat kesesuaian calon. Seterusnya, Pusat akan umum calon yang sesuai,” katanya.
sumber sini
pen buruk online
4 respon:
Salam PBO
Yong tahu siapa dalang itu. Demer ni orang yang giat dalam politik sebab mendambakan harta dan kesenangan dunia.
Orang begini duduk dalam mana-mana parti, termasuk PAS.
btl tu. tp kalau mengikut news. ada kaitan dengan kumpulan exco yang berbalah. kita nantikan apa kesudahan. jgn sampai merugikan PAS sudah.
Mungkin ramai pihak yang melihat Ustaz Azizan sebagai tokoh yang patut meneruskan agenda PAS di Kedah, tetapi bagi saya beliau adalah liabiliti dan mesti diganti. Pengalaman saya secara peribadi dengan beliau di Sg Limau cukup untuk mengesahkan persepsi tersebut. Ustaz Azizan harus faham hakikat ini.
Kalau benar ada, war-warkanlah, takut cuma loyar buruk je... Kot-kot telahannya tak kena... jadi macam Najib yang tuduh DSAI dalang pencerobohan di Tawau... sedangkan hakikatnya PM tak ada mandat rakyat tulah empunya angkara kata Bos Besar MNLF.
Catat Ulasan