Selasa, 26 Mac 2013

Anwar diarah bayar RM3 ribu

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membayar RM3,000 kepada Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Hamzah Zainuddin sebagai kos berikutan penangguhan perbicaraan kes saman fitnah RM10 juta.




# sila like "pakatan rakyat supporters"



Hakim Rosilah Yop membuat keputusan itu selepas menolak permohonan peguam R Sivarasa supaya perbicaraan yang sepatutnya bermula hari ini ditangguh kerana Anwar berada di Sabah sejak semalam.

Sivarasa berkata Anwar, yang merupakan ketua pembangkang, terlibat dalam pelbagai aktiviti untuk menghadapi pilihan raya.

Rosilah kemudian menetapkan 2 Mei untuk perbicaraan.

Pada 22 Ogos 2008, Anwar memfailkan saman terhadap Hamzah, yang ketika itu Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, yang didakwa mengeluarkan kata-kata fitnah dan disiar dalam akhbar berbahasa Cina Kwong Wah Jit Poh bertarikh 19 Ogos 2008, dalam artikel bertajuk 'Anwar Harassed My Wife'.

Terdahulu, Rosilah menolak permohonan Anwar untuk membawa cakera padat yang didakwa berkaitan kes saman itu kepada pihak forensik sebelum perbicaraan bermula.

Hakim itu berkata perkara ini boleh dilakukan ketika perbicaraan.

- Bernama




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: