Selasa, 12 Februari 2013

Gempar: Tokoh Maal Hijrah dituduh khalwat

SHAH ALAM - Seorang pensyarah wanita yang pernah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah mendakwa difitnah pegawai atasan dalam pasukan kononnya dia ditangkap khalwat kerana bersekedudukan.





# sila like "pakatan rakyat supporters"




Mangsa yang enggan dikenali mendedahkan bahawa pegawai atasan berkenaan turut melakukan penderaan mental berbentuk arahan kononnya dia tidak layak memegang jawatan Ahli Lembaga Pengarah Kewangan pasukan itu termasuk jawatan yang disandangnya dari 2002 hingga kini.

Menurutnya, pegawai itu turut mempertikaikan kelulusan penyambungan kontraknya sebagai pensyarah tempoh tiga tahun lagi, selain turut mengeluarkan arahan kepada pengurusan tertinggi tempatnya bertugas supaya menubuhkan jawatan kuasa siasatan dalaman bagi menyiasat kesalahan moral dilakukan.

“Saya bernikah dengan suami secara sah di Thailand dan sudah mendaftarkan perkahwinan di sini. Namun pemeriksaan oleh Jabatan Agama Islam ketika serbuan dilakukan di rumah November lalu mendapati kad pendaftaran perkahwinan kami palsu,” katanya ditemui Sinar Harian, semalam.

Katanya, perkara berkenaan bukan disengajakan kerana pendaftaran perkahwinan itu diuruskan rakannya.

“Saya ditipu dan menjadi mangsa keadaan. Selepas menyedari bahawa kad pendaftaran itu palsu, kami mendaftarkan sekali lagi perkahwinan kami di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

“Akibat fitnah itu juga menyebabkan suaminya yang juga pegawai berpangkat terpaksa melepaskan jawatannya Januari lalu kerana tertekan dan tidak tahan menanggung malu,” katanya.

Katanya, siksaan diterima tidak berakhir setakat itu apabila pegawai berkenaan turut memanjangkan perkara tidak benar itu kepada Kementerian Pengajian Tinggi dengan harapan dirinya dikenakan tindakan.

“Saya bersyukur kerana pengurusan tertinggi institusi pengajian tinggi saya sudah memberikan jawapan bertulis kepada kementerian memaklumkan bahawa dakwaan yang dibuat oleh pegawai berkenaan tidak benar,” katanya yang sudah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan. ~SH


sumber sini



RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

Menikah di siam mudah , tiada masalah. Malaysia nak menikah pun susah . Banyak peraturan sangat.Hukum islam setahu menikah mudah saka awak yang pi jadi payah aku pun tak tau .Hampa tak usah peduli sangt peraturan yang manusia buat yang peraturan dan hukum Allah saja kasi ikut.

Tanpa Nama berkata...

Umno punya undang2, yg mudah menjadi payah........ Inilah perangai manusia yg ingin menunjukkan kecerdikan mereka tetapi nyata mereka tidak pernah cerdik