# sila like "pakatan rakyat supporters"
Nampaknya Utusan cuba cucuk jarum lagi, dengan harapan pakatan akan berpecah belah atau setidak-tidaknya mempengaruhi pengundi atas pagar.
Utusan guna nama "sumber" sahaja. Memang akhbar yang banyak kali kantoi ni tak habis-habis dengan ragamnya.
Dalam reaksi segera, TGNA telah menafikan dakwaan Utusan tersebut;
Majlis Syura Ulama PAS hari ini menafikan ada membuat perbincangan bagi menolak Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menjadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat menang plihan raya umum ke-13 ini.
Pengerusinya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan dakwaan tersebut sebagai satu fitnah yang cuba dilemparkan terhadap PAS bagi melaga-lagakan parti tersebut dengan rakan sekutunya dalam Pakatan.
"(Dakwaan ini) mengarutlah. Saya pengerusi Majlis Syura. Tak ada apa yang dibincangkan," katanya yang juga Mursyidul Am Pas sewaktu ditemui selepas mengunjungi rumah terbuka sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Taman Limau Manis di Kota Bharu hari ini.
Khamis lalu, bekas anggota PKR dan kini Anggota Parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dilaporkan mendakwa bahawa rakan-rakannya dalam PAS menyatakan penolakan Majlis Syura terhadap Anwar semakin kuat.
Zahrain mendakwa ini berikutan percanggahan pendirian kepimpinan pembangkang dengan majlis tersebut dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
Hahahhahaha, ambil info dari Zahrin? Orang yang sedang berduka itu? Tak mustahil lepas ni Nasa pula memberi pendapat yang hampir sama.
Kita tak usah percaya dan termakan dengan kata-kata fitnah seumpama itu. Seperti yang aku sering cakap, parti nazak memang selalu
merepek. Tinggal untuk
ditalqinkan.
Kita tunggu adakah Utusan akan mendedahkan "sumber" yang dipetiknya. Atau sumber itu datang dari bisikan syaitan ...
Bagi yang berminat nak cerita dari utusan, boleh rujuk
sini , itupun kalau link tu masih hidup ..
0 respon:
Catat Ulasan