Khamis, 3 Januari 2013

Tiada lagi ubat percuma di hospital kerajaan selepas PRU 13?

Jika benar dakwaan dari PR bahawa kerajaan melalui kementerian kesihatan akan memberhentikan dasar ubat percuma tidak lama lagi, maka tahniah kerana anda jugalah yang memilih UMNO/BN untuk terus berkuasa pada PRU 13 nanti.

• Jika sekarang, kementerian kesihatan menafikan atau menangguhkan dasar yang bakal membebankan rakyat itu, aku yakin selepas mendapat mandat lagi selepas PRU 13 dasar ini akan diteruskan.

Bukan itu sahaja, malah segala perkara yang ditangguhkan seperti cukai prabayar telefon dan kenaikan harga elektrik juga akan diteruskan. Pilihan ditangan anda.

Malang jika dasar ubat percuma diberhentikan, menteri dan anak menteri yang kaya raya tiada masalah kerana mereka lebih jauh mampu. Bagaimana golongan rakyat bawahan?



#mohon like "pakatan rakyat supporters untuk sokongan



PETALING JAYA 2 Jan: Orang ramai tidak lagi berpeluang mendapat ubat percuma dari hospital atau klinik kerajaan sebaliknya perlu menanggung sendiri kos menerusi swasta ekoran dasar baru yang bakal dilaksana Kementerian Kesihatan tidak lama lagi.

Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri berkata, maklumat diterimanya menyatakan Kerajaan Persekutuan menangggung RM1.2 bilion untuk membiayai ubat-ubatan pesakit dan ia meningkat 10 peratus setiap tahun.

Oleh sebab itu, kementerian dikatakan terpaksa menghentikan pengedaran ubat-ubatan secara percuma.

“Antara ubat paling banyak diberi kepada pesakit ialah paracetamol (ubat demam) dan ubat penahan sakit, piriton (selsema) dengan kos 10 sen setiap biji. Kementerian membelanja lebih RM1.2 bilion dan ia meningkat 10 peratus setiap tahun.

“Maka satu sistem baru akan diperkenal dalam masa terdekat. Kementerian Kesihatan tidak lagi membekalkan ubat kepada pesakit, tetapi perlu membelinya sendiri di farmasi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.

Yahya berkata, sistem itu jauh berbeza pada masa kini apabila kementerian menanggung segala kos rawatan, konsultasi dan perubatan.

“Kami mendesak dasar baru itu dibatal serta-merta kerana ia jelas membebankan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah selain kos sara hidup setiap hari kian melonjak.

“Kita juga desak dasar sedia ada dikekalkan kerana kami yakin jika kewangan negara diurus dengan tata kelola baik termasuk membasmi rasuah, rawatan kesihatan percuma boleh diberi kepada seluruh rakyat sebagaimana dinikmati di beberapa negara Eropah,” katanya.

Mengikut data Kewangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), ketika ini, 72 peratus daripada 12 juta pekerja Malaysia bergaji RM700 hingga RM1,500 sebulan dengan purata mereka mempunyai tiga orang anak. Dasar baru ini pasti akan membebankan rakyat.

Turut hadir dalam sidang media, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sikamat, Aminuddin Harun dan Setiausaha Kewangan (MTUC), Alias Awang.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=42269

Kesimpulannya, aku kata kenapa perlu undi BN lagi? Apa pendapat korang?





RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

C++ berkata...

Bhai PBO...

Isu nih panjang... nanti ader maser gua ulas... hahahaha