KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak Tan Sri Isa Samad supaya melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Felda serta merta sekiranya beliau seorang yang bermaruah.
Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, tidak ada jalan lagi buat Isa Samad melainkan meletak jawatan dan menyerahkan kembali mandat kepada warga Felda.
"Apa guna mengekalkan jawatan di dalam organisasi tersebut dalam keadaan beliau dibenci oleh kebanyakan rakyat di negara ini," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
#mohon like "pakatan rakyat supporters untuk sokongan
Berdasarkan kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, katanya sekali gus memberi mesej kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya berfikir panjang dan mengambil pandangan rakyat sebelum membuat sebarang keputusan terutama yang berkaitan dengan kepentingan rakyat.
Keputusan ini juga kata beliau, merupakan suatu lagi tamparan hebat kepada kepimpinan Najib Tun Razak yang berkeras mengekalkan Tan Sri Isa Samad.
"Umum mengetahui bahawa Isa Samad tidak layak menganggotai KPF apatah lagi untuk memimpinnya. KPF hanya layak dipimpin oleh peneroka, isteri dan anak peneroka serta kakitangan tetap Felda," tegasnya.
Ternyata, jelas Nasrudin keputusan mahkamah membuktikan gesaan rakyat khususnya warga Felda adalah pada landasan yang betul.
Bagi DPPM, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur adalah suatu kemenangan buat rakyat khususnya terhadap perjuangan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang telah berusaha bersungguh-sungguh bagi memperjuangkan hak warga Felda.
Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa Panel Pertikaian Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) tersilap apabila mengekalkan keahlian Tan Sri Isa Samad di dalam Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF).
Hidung tak mancung dan pipi pulak tersorong sorong,.merambus lah cepat kamu dari felda Ooii,.isa pendek,.kalau dah rakyat, khususnya penghuni felda tak suka, faham2 je lah jangan buat muka tebal kamu tu,.dulu lain dan sekarang lain,.kalau dulu kamu berpengaruh dan dipengaruhi,.tapi sekarang kamu dah diangap melukut ditepi gantang,.merambus lah cepat tak ada apa yang boleh diharap atas kepentingan kamu difelda sana,.menyusahkan lagi ada,...
felda lubuk umno, pemimpin umno sendiri sabotaj penyokong tegar mereka kt felda. letak lah lagi penyamun kt felda. ANAK tak perlu kerja keras lah, keadaan dh membuktikan segala2nya. anyway org felda nk belajar dgn harga yg mahal, apo nk dikato.
esok lusa peneroka ke kebun, tp kebun dh bkan mereka punya... jd pekerja murahan serupa bangla je. kesian melayu. yahudi umno memang menghancurkan semua kekuatan org melayu islam.
3 respon:

isa tu buah kelapa sawit pun tk pernah pegang. dia pegang duit titik peluh peneroka saja.
Catat Ulasan