#mohon like "pakatan rakyat supporters untuk sokongan
Menurut isteri berkenaan yang mahu dikenali sebagai Tipah, 42, dia membesarkan anak saudaranya itu sejak berusia 15 tahun.
“Anak saudara saya itu menjadi yatim piatu pada 2003 selepas ibu dan bapanya maut dalam kemalangan jalan raya,” katanya.
Katanya, skandal suami dan anak saudaranya itu terbongkar selepas dia terjaga dari tidur apabila mendapati suami tiada di sisinya.
“Saya kemudian menjalankan periksaan dan mendapati suami serta anak saudara itu berpelukan di bilik sebelah,” katanya.
Menurutnya, susulan kejadian itu, dia mendesak anak saudaranya itu berterus terang mengenai hubungannya dengan suami dan akhirnya anak saudaranya itu mengaku menjalin hubungan sulit sejak lima tahun lalu.
“Bagi mengelak mereka meneruskan hubungan sulit itu, saya mencadangkan kepada suami untuk menghantar anak saudara saya itu ke rumah saudara lain tetapi dihalang.
“Akibatnya, saya pula dibelasah suami bagi menutup hubungan sulit mereka. Saya cedera di kaki dan kepala sebelum saya melarikan diri dari rumah bagi mengelak terus dibelasah suami,” katanya.
Berikutan kejadian itu, Tipah membuat laporan polis di Balai Polis Sentul.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan. berhubung kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
sumber sini
2 respon:
Kalau bertepuk sebelah tangan manakan berbunyi,.nasib lah kamu isteri,.munkin kurang respon kat suami kot,.apa nak kisah anak sedara pun baik punya layan,.ialah badanya masih kenyal pantang dicuit mesti menjadi,.barang free sapa tak nak kan,.hehehe,..
Catat Ulasan