# sila like "pakatan rakyat supporters"
Menurutnya dengan langkah tersebut barulah daftar pemilih betul-betul bersih.
“Daftar pemilih sekarang saya tak kata tak bersih. Ini kerana daftar pengundi tidak boleh bersih dengan undang-undang yang ada dan keadaan sekarang,” ujarnya pada forum pemantauan PRU-13, “Kuasa Rakyat dan Menangani Isu-Isu Semasa” anjuran Gabungan NGO Kelantan di sini, kelmarin.
Turut bertindak sebagai panelis Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan anggota jawatankuasa Bersih 2.0, Dr Wong Chin Huat. Manakala Pengerusi Mafrel Syed Ibrahim Syed Noh bertindak sebagai moderator.
Forum tersebut dianjurkan Gabungan NGO Kelantan yang dipengerusikan Dr Abdul Halim Yusof, diadakan di Balai Islam.
Abdul Rashid ketika memberitahu khalayak tidak berpihak pada mana-mana parti, turut mengakui daftar pemilih mempunyai masalah besar.
“Masalah kad pengenalan dan bukannya masalah SPR, dia tidak ada kuasa, masuk campur dalam itu.. ini huru hara, itu JPN.
“Ada IC boleh daftar, masalah di Sabah saya tahu, masa itu saya sebagai Setiausaha SPR, orang itu diberi warga negara dan ada hak hendak daftar sebagai pemilih,” tambahnya.
Menurutnya pada masa lampau ketua-ketua kaum datang membawa penduduk yang hendak mendaftar sebagai pengundi.
Beliau yang berkhidmat 27 tahun di SPR berkata, badan pengendali pilihan raya itu memberi hak untuk mengundi tidak kira kepada sesiapa, asalkan ada dalam daftar pemilih.
“Kiri tak kena, kanan pun tidak kena. Saya sudah lali dimaki,” katanya lagi.
(Ikuti pendedahan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)
#lepas pencen berduyun-duyun bagi statement. kau orang tengok apa Musa hassan kata terbaru;
Musa Hassan kata kerajaan ada sekarang tak bagus
3 respon:
buat apa bersuara lagi.suara pun dah tak laku.dulu bisu.
Bhai PBO...
Ini semua aderlah "SINDROM BEKAS" .... hahaha
duit pencen tiap2 bulan sapu jugak!!!!semua jenis takdak teloq.....dasar hiprokit!!!!
Catat Ulasan