Rabu, 23 Januari 2013

Termakan nasi beriani yang penuh ulat

KUALA LUMPUR: Bayangkan ketika anda sedang enak memakan nasi beriani, tiba-tiba ada ulat yang hidup keluar dari nasi itu dalam pinggan anda.

Mungkin ia hanya bayangan tetapi itulah yang dialami sendiri oleh Encik Vijaya Kumar a/l Kalimuthu ketika makan di sebuah kedai nasi beriani claypot bulan lalu.





# sila like "pakatan rakyat supporters"




Itu sudah cukup untuk membuatkan beliau mahu muntah kerana telah makan sebahagian dari nasi itu tetapi yang menyedihkan beliau adalah layanan pihak berkuasa ke atas laporan yang beliau buat.

Beliau telah membuat laporan kepada Kementerian Kesihatan di atas peristiwa tersebut tetapi beliau pula dipersalahkan.

Dalam emailnya kepada Harakahdaily, Vijaya Kumar menceritakan apa yang berlaku kepada beliau itu.

Berikut adalah cerita beliau.


Bulan lepas saya telah mengunjungi sebuah kedai makan di brickfields Kuala Lumpur bernama *****.

Setelah saya memesan makanan, saya dapati di dalam makanan (nasi beriyani) tersebut terdapat beberapa ulat yang hidup.

Saya juga termakan nasi tersebut. Saya merasa sungguh terkejut dan teraniya kerana setelah saya mengadu pada petugas di restoran terbabit, mereka seolah olah tidak mengendahkannnya.

Mereka ingin terus mengambil pergi makanan tersebut dari situ tetapi saya sempat mengambil gambar video ulat-ulat tersebut dan terus menelepon Kementerian Kesihatan Wilayah Persekutuan.

Malangnya hari tersebut hari Sabtu dan operator mengatakan cuti, pengurus terbabit juga
tidak datang walaupun perkara sebegini berlaku.

Apa yang saya nak katakan adalah mengapa tiada sebarang tindakan dari mana-mana pihak yang saya buat aduan?

Walaupun saya ada bukti yang kukuh iaitu rakaman video pihak Kementerian Kesihatan menanyakan pada saya mengapa tidak menelepon 'on the spot'?

Jadi saya menunjukan senarai nombor-nombor yang saya buat pada hari kejadian yang hanya membisu.

Mereka menyatakan mereka hanya mengikut prosedur.

Jadi selama ini mereka hanya menerima aduan tanpa sebarang tindakan itu ke kerja mereka?

Sampai hari ini, saya tak dapat apa-apa feedback dan comment mengenai tindakan yang diambil ke atas restoran terbabit.

Saya bercadang mahu menyaman restoran terbabit kerana sampai ke hari ini saya masih fobia dengan makanan dan kesihatan yang terjejas.

Adakah setelah saya mengalami sebarang keracunan atau kematian baru mereka nak ambil tindakan?


Saya cuma nak tindakan diambil agar tiada orang lain yang menjadi mangsa keadaan seperti ini.


sumber sini



RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: