Khamis, 2 Ogos 2012

Najib .. cepat pecat dia!

KUALA LUMPUR 1 Ogos: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak digesa memecat Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin kerana dipercayai menyalahgunakan kuasa dan terlibat rasuah.

Ia berikutan pendedahhan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) berkenaan isu dua cek bernilai RM30,000 dan RM50,000 yang diberikan oleh syarikat yang mahu melanjutkan kontrak penyelenggaraan untuk JB Sentral dan Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bharu kepada Awang Adek.






“Kami mendesak Datuk Seri Najib memecat Awang Adek dengan segera kerana didapati terlibat dengan skandal penyelewengan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

“Kami juga mencabar Awang Adek supaya membuktikan segala dokumen yang kami dedahkan ini adalah palsu jika benar beliau tidak melakukannya,” kata Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nik Mohd Abduh dalam sidang media di Pejabat Agung PAS, semalam.

Menurut Nik Mohd, cek tersebut telah diberikan oleh Advance Maintenance Precision Management (AMPM) Sdn Bhd kepada Awang Adek sebagai bayaran dan ganjaran untuk melanjutkan kontrak pengurusan dua bangunan tersebut dari lima tahun hingga 10 tahun.

“Surat permohonan tersebut yang bertarikh 6 Disember 2010 disertakan dengan lampiran dua keping cek dari AMPM pada tarikh yang sama kepada Awang Adek,” katanya.

Setiausaha Pemuda PAS, Khairul Faizin Ahmad Kamil pula menambah, terdapat beberapa keraguan di dalam urusan lanjutan kontrak itu.

“Kami yakin terdapat unsur-unsur rasuah dan penyelewengan berhubung kontrak lanjutan dan dua keping cek tersebut.

“Oleh yang demikian, kami mendesak Awang Adek segera menjawab berhubung pendedahan ini dan tidak terus berdiam diri.

“Awang Adek selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Skim Jejak Jaya Bumiputra merangkap Timbalan Menteri Kewangan tidak seharusnya menerima cek ini sebagai ganjaran untuk melanjutkan kontrak syarikat tersebut, menerima cek ini adalah satu kesalahan rasuah dan menyalahi undang-undang negara,” tegas beliau.

Awang Adek sebelum ini seperti yang telah didedahkan oleh Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail terlibat dalam salah laku semasa beliau menjadi Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM).

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=33782

sumber sini




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: