Selasa, 31 Julai 2012

Terkini:K’jaan diperintah bayar ganti rugi, pulang semula buku kartun Zunar

KUALA LUMPUR 31 Julai: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan kerajaan memulangkan semula rampasan kesemua buku kartun dan membayar ganti rugi kepada kartunis politik Zunar atau lebih dikenali Zulkiflee SM Anwar Ulhaque.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Vazeer Alam Mydin Meera dalam kamarnya pagi tadi.






Zunar memfailkan saman sivil itu pada 15 Jun tahun lalu terhadap polis dan empat defendan lain termasuk kerajaan Malaysia.

Ia dibuat ekoran penangkapan tidak sah terhadap beliau dan rampasan 66 naskah Cartoon-O-Phobia serta karya seninya pada 24 September 2010. Beliau turut ditahan di bawah Akta Hasutan.

Beliau menamakan pegawai yang menahannya, ASP Arikrishna Apparau; Pegawai Penyiasat, ASP Marina Hashim; Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar; Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Dalam saman tersebut, beliau menuntut ganti rugi, perintah supaya buku-buku yang dirampas dikembalikan kepadanya dan perintah supaya lukisan kartun dikembalikan.

Zunar memfailkan saman itu melalui Tetuan Daim & Gamany dan diwakili peguam N Surendran dan Fadiah Nadwa Fikri.

sumber

PBO: Apabila UMNO semakin tidak popular. memang bungkus! Bukan sebab itu, sebab janji tuhan kebenaran akan mengatasi kejahatan. siap sedialah pembalasan dunia dan akhirat.





RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: