Selasa, 24 Julai 2012

Terjah PRU13: Pakatan jamin harga kereta jauh lebih murah di Malaysia berbanding dasar UMNO!

PETALING JAYA - PKR berjanji menjadikan harga kereta yang tidak membebankan rakyat sebagai manifesto dalam Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, dasar automotif Umno-Barisan Nasional (BN) dilihat banyak memberi tekanan kepada rakyat dengan mengenakan cukai-cukai yang tidak munasabah.








Menurutnya, harga kereta yang menjadi beban rakyat akan dijadikan intipati manifesto PR supaya kos pembiayaannya dikurangkan.

"Harga kereta yang menggunakan dasar automatif BN-Umno ini memang menjadi beban kepada rakyat.

"Sepatutnya harga kereta yang perlu ditanggung oleh rakyat hanyalah harga kereta bukan ada cukai yang berkali ganda," katanya pada sidang media pagi ini.

Rafizi berkata, PR berjanji beban harga kereta ini akan dijadikan perkara pertama untuk diberi perhatian pihaknya menang PRU13.

"Kita berjanji rakyat tak akan tanggung beban dari harga kereta yang sangat tinggi akibat daripada cukai-cukai yang dikenakan.

"Kita sudah bincang dalam PKR dan dalam PR telah dibincangkan di peringkat tertinggi, dan itu diserahkan kepada pemimpin PR untuk laksanakannya," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Penerangan Keadilan, Sim Tze Tzin berkata, generasi muda boleh menghantar atau mencadangkan sebarang idea baru untuk dimasukkan dalam manifesto PR.

"Kita minta mereka yang ada idea baru, yang boleh dijadikan salah satu bahagian dalam manifesto melalui e-mel kepada kami," katanya. (SH)

sumber sini




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: