"Berkuatkuasa hari ini (Isnin), 23 Julai, 2012, saya dengan ini meletak jawatan sebagai Pengerusi BN bagi P170 Tuaran. Peletakan jawatan saya akan membolehkan kepimpinan baharu BN Tuaran membuat persediaan bagi pilihan raya umum ke-13 akan datang," katanya dalam surat peletakan jawatannya, yang disediakan kepada media di sini.
Sebelum ini, Bumburing, Anggota Parlimen Tuaran dan Anggota Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin dari Umno diura-urakan akan meninggalkan BN untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat( PKR).
Bumburing, 60, bekas menteri kabinet negeri, turut mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan BN atas keyakinan mereka terhadap kepimpinan beliau menerajui BN Tuaran selama ini.
Surat peletakan jawatannya diihantar kepada Ibu Pejabat BN di Kuala Lumpur melalui faks untuk perhatian Setiausaha Agung BN serta penjabat Pengerusi B NSabah.
Ahli politik veteran berkelulusan bidang ekonomi dari Universiti Malaya itu turut menghantar salinan surat berkenaan kepada Presiden UPKO Tan Sri Bernard Dompok dan setiausaha agung parti Datuk Wilfred Madius Tangau.
Bagaimanapun, Bumburing tidak menyatakan alasan untuk melepaskan jawatan itu.
Pada Pilihan Raya umum 2008, Bumburing dicalonkan sebalik penyandang Madius Tangau untuk kerusi Parlimen Tuaran.
Bumburing mempertahankan kerusi Parlimen Tuaran untuk BN apabila mengalahkan pencabar terdekat Ansari Abdullah dari PKR dengan majorit 6,622 undi manakala calon bebas Ajin Hazin Gagah hilang deposit apabila hanya maampu meraih 879 undi.
Bulan lepas, Lajim, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, ketika menyambut hari kelahirannya ke-57 pada 15 Jun lepas, telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian Beaufort dan menyatakan akan bertanding semula untuk jawatan itu.
Pada Mac lalu, Presiden UPKO, Tan Sri Bernard Dompok menyifatkan khabar angin bahawa timbalannnya, Bumburing, sudah keluar dari parti itu hanya spekulasi semata-mata yang direka untuk mengelirukan rakyat menjelang pilihan raya umum.
"Beliau adalah kawan saya dan ahli parti serta timbalan saya. Saya baru sahaja bercakap dengannya dan beliau menyuarakan perkara seperti itu sedang disebarkan dan ia tidak benar," katanya. - BERNAMA
PBO: yang ni buat Najib semakin pening kepala. Anwar kata, lagi banyak mereka caci, mereka hina, mereka zalimi .. lagi ramai sokong pakatan.
sumber sini
4 respon:
ayohhhhhhhh...abu...abu...abu!!!!!!
welcome kpd PR utk YB dan kwn2 yg lain....jom...sama2 kita tumbangkan umno/be.end
Dunia politik.....jangan percaya sehingga betul2 terjadi dan berlaku...semuanya hanya mainan politik...pangkat dan pengaruh ditaruhkan untuk tujuan tertentu dan hanya orang tertentu juga yang tahu maksudnya..hanya sesetengah rakyat yang kurang pengetahuan terhanyut dalam arus yang direka oleh mereka..tidak kira bn,pr semua sama sahaja...hanya golongan yang kurang ilmu sahaja yang percaya malah melakukan benda2 yang mereka sangkakan boleh dan mampu mengubah negara sehingga menyusahkan negara...contohnya bersih...dimanupulasi oleh golongan tertentu untuk tujuan tertentu...
Kalo keluar BN mesti masuk PR kah?..Ramai juga yang claim keluar parti tapi jadi bebas.
Catat Ulasan