"Saya dah 69 tahun. Dulu orang yang daftar saya bukan ayah saya. Saya semak-semak, jiran saya yang daftarkan waktu tu. Nama syed, jadi dia bubuh Arab.
'Itu sebelum merdeka, lepas merdeka ada perlembagaan Artikel 160 yang kata siapa Melayu. Selama ni saya tak pernah rasa Arab. Cakap Arab ana ente je saya tahu.
"Saya daftar anak saya sendiri. Surat beranak dia tulis keturunan bapa Melayu," katanya.
Syed Hamid, yang merupakan adik kepada bekas timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali, berkata anaknya menerima surat pembatalan itu melalui kurier pada 23 Jun.
Sebahagian daripada surat itu, yang disiarkan Syed Hamid di laman Facebook beliau, menyatakan seorang atau kedua-dua ibu bapa pemohon penerima pinjaman pelajaran Mara mestilah Melayu atau bumiputera.
"Oleh yang demikian, dimaklumkan bahawa tawaran saudara untuk program seperti di atas dibatalkan, kerana tidak memenuhi syarat seperti di atas," nyata surat tersebut. (m.kini)
sumber sini
1 respon:
mamak tu melayu ka?? hehe
Catat Ulasan