KUALA LUMPUR – BERNAMA tidak mengeluarkan berita yang melaporkan kononnya kerajaan akan memberi bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada semua penjawat awam untuk sambutan Hari Raya Puasa tahun ini, kata Ketua Pengarangnya, Datuk Yong Soo Heong.
Berita palsu itu disiarkan Isnin lalu dalam sebilangan akaun Facebook selepas mereka yang tidak bertanggungjawab itu menampalkannya pada satu halaman portal berita “myMetro”, untuk membuatkannya kelihatan sahih. “Ini satu tindakan tidak bertanggungjawab oleh pengguna siber yang tidak bertanggungjawab yang mempunyai agenda tertentu.
“Sementara BERNAMA sentiasa bersyukur apabila semua berita kami diakui dan diiktiraf, tapi ianya bukan sesuatu yang lucu apabila nama kami disalahguna,” katanya.
Yong berkata, satu laporan polis akan dibuat hari ini. – BERNAMA
mungkin ini hanya prank ala2 april fool, mungkin cuma keluhan perasaan seorang penjawat awam gaji rendah yg terdesak mahukan 500ringgit untuk belanja di bulan puasa, mungkin jugak helah orang cuepacs untuk memberi tekanan pada kerajaan supaya betul2 melaksanakannya sebab umum sudah merasai sentimen sedemikian, tapi menurut sumber2 tertentu, yang paling mungkin ianya adalah provokasi anwar yang sengaja memberi isyarat tangan dan gerakbibir pada azmin supaya melakukannya huhuhu dan satu sumber lagi menokok, anwar pulak memindahkan beban tanggungjawab kepada chegubard kuikuikui maka satu lagi pertuduhan baru akan ditambah pada ketiga2 defendan kahkahkah
1 respon:
mungkin ini hanya prank ala2 april fool,
mungkin cuma keluhan perasaan seorang penjawat awam gaji rendah yg terdesak mahukan 500ringgit untuk belanja di bulan puasa,
mungkin jugak helah orang cuepacs untuk memberi tekanan pada kerajaan supaya betul2 melaksanakannya sebab umum sudah merasai sentimen sedemikian,
tapi menurut sumber2 tertentu, yang paling mungkin ianya adalah provokasi anwar yang sengaja memberi isyarat tangan dan gerakbibir pada azmin supaya melakukannya huhuhu
dan satu sumber lagi menokok, anwar pulak memindahkan beban tanggungjawab kepada chegubard kuikuikui maka satu lagi pertuduhan baru akan ditambah pada ketiga2 defendan kahkahkah
-average joe-
klakka-la.blogspot: HOW ADVANCED! Part 1 (MAJU LAH SANGAT! Bhg 1)
Catat Ulasan