Laporan itu dibuat oleh Ketua Wanita KEADILAN Ampang, Salmah Ismail pada jam 10.00 pagi tadi.
Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Zuraida Kamaruddin tidak dapat hadir kerana sedang menghadiri persidangan Parlimen.
Laporan tersebut berdasarkan maklumat oleh bekas pemandu Zahida, Noor Azman Azemi sebelum ini bahawa wang tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun artis itu melalui lima transaksi (urusniaga) berlainan dari Oktober 2011 sehingga Januari 2012.
“Kami mempunyai bukti yang cukup dan kini bersedia untuk mendedahkan perkara ini secara berperingkat.
“Tujuan pendedahan ini bukanlah untuk mengaibkan atau menggangu hubungan intim Menteri dan artis tersebut tetapi ingin memastikan bahawa Menteri tidak menggunakan wang rakyat untuk kegunaan peribadi beliau,” kata Zuraida dalam satu kenyataan.
Menurutnya, laporan itu dibuat memandangkan pihak menteri tidak memberikan maklum balas berhubung perkara ini.
Dalam laporan Jalan Pulang pada 22 Mei lalu, skandal seks melibatkan pelakon gebu Zahida Rafik dengan seorang menteri kabinet sedang hangat diperkatakan dan Zahida telah menyelar bekas pemandunya dan menuduh lelaki itu berbohong.
Zahida yang berusia 28 tahun berasa marah terhadap bekas pemandunya, Noor Azman Azemi yang mendedahkan hubungan sulitnya dengan Shafie Apdal, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.
“Saya mahu tahu apa lagi yang akan dia bohongkan. Sudah tentulah semua ini tak benar. Saya tak dapat nak cakap apa lagi, jadi biarlah peguam saya yang uruskan. Kita tunggu dan lihat,” Zahida dilaporkan memberitahu The Star, sebuah akhbar yang dikawal kerajaan.
Hanya beberapa minggu yang lalu, Zahida memanggil Noor Azman yang berusia 38 tahun seorang pencuri dan melaporkan kepada pihak polis bahawa lelaki itu telah melarikan RM200,000 wangnya.
Ini telah menyebabkan pemandu itu melaporkan Zahida kepada pihak polis bahawa beliau sebenarnya ditugaskan Shafie untuk memerhatikan pergerakkan Zahida dan membawa wanita itu ke hotel-hotel ternama untuk melakukan hubungan intim mereka.
RM 1 juta dimasukkan sekaligus!
Shafie adalah seorang Naib presiden Umno dan beragama Islam; sudah berkahwin dan mempunyai 6 orang anak maka tidak hairanlah cerita ini menjadi sesuatu yang sensasi.
Rakyat bukan sahaja terkejut dengan tuduhan zina tetapi juga terkejut bagaimana Shafie mampu mengeluarkan wang yang begitu banyak untuk perempuan simpanannya itu.
Dalam sidang media pada hari Khamis lepas, Noor Azman mendedahkan bahawa pernah mengarahkan dia untuk memasukkan RM1 juta untuk Zahida dalam bentuk tunai- semuanya sekaligus!
Menurut Noor Azman yang meletak jawatan pada 29 Februari, Zahida tidak pernah mendapat kurang daripada RM100,000.
Gangguan dan siasatan berat sebelah
Noor Azman juga mendakwa diganggu polis yang berat sebelah. Semenjak skandal itu tersebar, Noor Azman juga diganggu di rumahnya.
Peguam beliau, Latheefa Koya mendedahkan bahawa pihak polis ada bertanya jika Noor Azman mahu menukar peguamnya apabila mereka member tekanan kepadanya setelah membuat laporan. “Pihak cawangan khas yang menyiasat.
Azman juga bertanya jika motif beliau adalah untuk menamatkan karjaya politik Shafie dengan mendedahkan hubungan sulitnya,” Beritahu Latheefa kepada sidang media.
Dalam laporan polisnya, Noor Azman telah menyatakan bahawa dia ditugaskan mendepositkan wang tunai untuk Zahida yang mencecah RM 1.5 juta dalam jangkamasa 4 bulan.
Dia merupakan anak buah kepada seorang penyanyi, Tengku Intan Tengku Abd Hamid yang dikenali sebagai Dayangku Intan.
Sebuah banglo juga? Mengapa SPRM membisu?
Selain daripada pemberian wang yang berjumlah besar, laporan ada menyebut mengenai banglo mewah bernilai RM 3 juta di Ampang yang dipercayai dibeli oleh Shafie untuk Zahida. Rumah itu dipercayai dinamakan atas salah seorang ahli keluarga Zahida.
Sementara itu, terdapat desakan terhadap SPRM untuk menyiasat bagaimana Shafie boleh mampu mengadakan hidup yang begitu mewah.
Shafie dan Zahida juga telah mengugut Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen PKR Ampang yang membongkar skandal tersebut.
“Kita mahu tahu dari mana datangnya wang itu,” ujar Zuraida yang juga hadir dalam sidang media tersebut.
Beliau juga menyebut bahawa seks hanyalah sebahagian kecil dalam skandal itu dan bukanlah isu sebenar iaitu rasuah.
Sementara itu, spekulasi bertiup kencang bahawa Shafie telah mengahwini Zahida secara rahsia.
Walaubagaimanapun, pelakon itu tetap tegas mengatakan bahawa dia tidak mengenali Shafie apatahlagi menerima wang daripada menteri itu.
Shafie juga telah menepis dakwaan itu.
GLOSARI:
Spedo - Bahasa di kalangan artis tempatan yang bermaksud ditaja atau disponsor untuk memperolehi habuan tertentu, termasuk hubungan seks yang dibalas dalam bentuk kemewahan seperti rumah, kereta dan tanah.
kredit: Jalan Pulang
PBO: yang busuk bukan boleh lamaa2 simpan. pasti satu hari akan dihidu juga.
- SILA BACA SYARAT & PENAFIAN KOMEN SEBELUM MEMBUAT ULASAN
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan