Keputusan itu dibuat selepas mendengar hujah peguam Fadiah Nadwa Fikri dan Afiq M Noor secara tertutup dalam kamar pagi tadi.
“Hakim membenarkan permohonan ini selepas mendapati ia tidak leceh dan ada merit,” kata Fadiah kepada
pemberita di luar mahkamah.
Pertuduhan tersebut berkait tindakan Adam menurunkan bendera bergambar muka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di bangunan PWTC, 18 Oktober lalu dan keterlibatannya dalam demonstrasi di hadapan UPSI, 31 Disember lalu.
Keputusan tersebut diputuskan oleh pihak jawatankuasa tatatertib UPSI 9 Januari lalu.
Sebelum ini, tindakan Adam menurunkan bendera Najib sebagai tindakan protes terhadap sistem pengajian tinggi telah menerima pelbagai ugutan termasuk ugutan bunuh, pukul, ludah dan cacian.
Ugutan yang dihantar kepada Adam termasuk daripada beberapa blogger pro Umno, kiriman SMS malah video melalui youtube yang mengugut ingin meludah dan memukul mahasiswa ini.
Adam, semasa penggantungan merupakan Koordinator Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) dan pelajar semester kelima berbaki satu semester pengajian.
Kes tersebut difailkan oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia.
(keadilandaily)
0 respon:
Catat Ulasan