“Apabila perjanjian ini dimansuhkan dan penyusunan semula dilakukan kenaikan tarif air hanya berlaku tiga tahun sekali dan tidak melebihi 12 peratus.
“Berbanding sekarang, kalau perjanjian diteruskan, sekarang juga air sudah kena dinaikan sehingga 62 peratus,” kata Khalid.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Forum Air Selangor yang berlangsung di Shah Alam Convention Centre semalam.
Perjanjian 2004 yang dimeterai Kerajaan Pusat, Kerajaan Selangor Umno-BN yang lalu dan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) menetapkan kenaikan tarif air sebanyak 37 peratus pada 2009, 25 peratus pada 2012 dan 20 peratus pada 2015.
“Kerajaan negeri tidak mahu teruskan perjanjian yang ditandatangani pada 2004 sebab dalam Akta 655, perjanjian boleh dirombak atau boleh digantikan dengan usaha penyusunan semula industri air Selangor,” kata Abdul Khalid.
Pada forum itu, Pengarah Kawal Selia Air Selangor Datuk Noordin Sulaiman berkata kenaikan tarif sebanyak 12 peratus adalah munasabah memandangkan peningkatan kos operasi pengurusan air.
Selain itu Nordin turut memberitahu aset pengurusan air yang sedang digunakan Syabas bukan milik syarikat terlibat, sebaliknya milik kerajaan negeri.
http://www.selangorku.com/?p=9572&utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tarif-air-umno-bn-naik-62-peratus-pakatan-12-peratus
0 respon:
Catat Ulasan