Rabu, 13 Jun 2012

Janda hantar SMS lucah

KUALA LUMPUR: Seorang kakitangan awam berusia 55 tahun membuat aduan polis selepas mendakwa tidak tahan diganggu seorang janda anak tiga yang sering menghantar SMS lucah kepadanya hampir setiap hari.








Malah, lelaki itu turut mendakwa difitnah janda berusia 40-an terbabit konon merogolnya sehingga hamil.


Lelaki berkenaan mengenali wanita itu pada awal Mei lalu ketika mengajaknya menjadi rakan kongsi perniagaan jualan langsung.


Namun, akibat tidak tahan dengan gangguan yang menjatuhkan reputasinya sebagai kakitangan awam, lelaki itu membuat laporan di Balai Polis Jalan Dang Wangi, kelmarin.


Sumber polis berkata, mangsa menjalankan perniagaan produk kesihatan dan mempelawa janda terbabit menjadi rakan kongsi, namun disalahertikan hingga diganggu melalui SMS, panggilan telefon serta laman sembang sosial sejak awal bulan lalu.


Katanya, hampir saban hari mangsa dihujani SMS lucah dan diganggu melalui laman sosial dengan kata-kata berbaur fitnah hingga boleh menjejaskan rumah tangganya.




“Mangsa pada mulanya boleh bersabar, namun tidak tahan selepas janda itu menghantar SMS menuduhnya merogol hingga hamil dan perlu bertanggungjawab bagi mengelak tindakan lebih keras daripada wanita terbabit,” katanya, semalam.


Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu. (Metro)










RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: