Tegas Anwar, beliau bersedia untuk menyerahkan segala dokumen kepada pihak berwajib tetapi hanya akan dilakukan jika Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) menyahut cabarannya.
"Kenyataan yang diberi Muhyiddin itu jelas menunjukkan yang beliau terdesak hingga terpaksa mengaitkan isu ini dengan saya," kata Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) ini ketika ditemui selepas sesi dialog Agenda Ekonomi Malaysia hari ini.
"Jika benar saya bersalah berhubung isu ini, saya yakin saya ditahan dan disiasat sejak tahun 1998 lagi," ulas beliau yang dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada awal September 1998.
Pagi tadi, Muhyiddin menggesa Anwar menjelaskan segera dakwaan berhubung pemilikan 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang bernilai RM3 bilion.
Timbalan Perdana Menteri berkata, dakwaan berkenaan bukan perkara kecil dan dengan itu Penasihat PKR itu perlu bertanggungjawab untuk menjelaskan perkara berkenaan kepada rakyat.
"Angka (RM3 bilion) yang disebut adalah besar. Jadi, ia merupakan tanggungjawab Ketua Pembangkang untuk memperjelaskannya. Apakah benar atau tidak. Rakyat hendak tahu... pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membuat tuntutan supaya penjelasan dibuat pun mewakili kumpulan rakyat yang bukan sedikit.
"Kalau tidak betul, Anwar harus mengambil tindakan terhadap pihak yang membuat dakwaan termasuk bekas Penolong Gabenor Bank Negara," katanya.
Selasa lepas, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dilaporkan menimbulkan persoalan mengenai status siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pendedahan Abdul Murad.
Ibrahim dilaporkan berkata, dalam pendedahan bekas Penolong Gabenor Bank Negara, yang dibuat menerusi akuan berkanun itu antara lain mendakwa, Anwar mengawal sebanyak 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion, yang diperoleh ketika beliau menjadi Menteri Kewangan pada akhir 1990-an.
Akhbar hari ini pula melaporkan beberapa NGO turut menggesa SPRM supaya menyegerakan siasatan mengenai dakwaan berkenaan memandangkan ia merupakan perkara berkepentingan awam. _sh_
PBO: sokong jika Anwar dedah aset dengan syarat semua pihak juga berbuat demikian.
1 respon:
memang patut mereka dedahkan harta mereka kalau mereka memang amanah dan ikhlas membela nasib rakyat. Menang undi yang rakyat berikan bukan tangga untuk untuk mengumpul sdgkan rakyat masih miskin selama-lamanya, fikir-fikirkanlah wahai pemimpin yang menjaga harta rakyat!
Catat Ulasan