Ahad, 27 Mei 2012

Gaji anak menteri RM35,000, gaji rakyat RM900!

KUALA LUMPUR 23 Mei: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak Datuk Seri Najib Razak, yang membezakan antara gaji minimum rakyat di Semenanjung Malaysia sebanyak RM900 berbanding Sabah dan Sarawak hanya RM800 sebulan.

Katanya, pengumuman Perdana Menteri itu menunjukkan ada negeri yang dianggap beliau kelas kedua berbanding lain-lain negeri.








“Adakah harga barang di Sarawak lagi murah berbanding Semenanjung? Gula, tepung surat khabar lebih murah? (Tidak…jawab hadirin)

“Saya orang Semenanjung berasal dari Pulau Pinang, saya tidak boleh terima negara ini ada dua kelas, ini bukan Bangladesh, ini Malaysia negara kaya (tetapi) mengapa dibezakan,” katanya dibalas tepukan gemuruh ribuan rakyat ketika berucap di Sarawak dalam siri jelajahnya di negeri itu, Ahad lalu.

Anwar juga kesal kerana Najib sukar memberikan gaji minimum RM1,100 untuk golongan pekerja sebagaimana ditawarkan Pakatan Rakyat, namun pada masa sama membisu berhubung gaji anak menteri RM35,000 sebulan.

Beliau memberi contoh skandal NFC, tiga anak Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil berusia antara 25 hingga 31 tahun dibayar gaji antara RM35,000 hingga RM45,000 sebulan menggunakan wang rakyat.

“Gaji minimum untuk rakyat miskin hanya RM900 sebulan, gaji anak menteri tiada pengalaman RM35,000 sebulan. Kalau di India tuan-tuan, kalau rakyat tahu keluarga menteri dapat RM250 juta, rakyat serbu dan bantah,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat melakukan perubahan pada pilihan raya umum akan datang dengan memastikan undi mereka hanya untuk calon Pakatan Rakyat.

“Kita dalam KEADILAN, PAS dan DAP berpakat untuk memerintah dengan dasar-dasar yang pro rakyat dan saya ulang, sebaik diberi mandat bentuk Kerajaan Persekutuan baru, dalam masa 24 jam, harga minyak seluruh negara kita turunkan,” katanya.

Anwar turut menemui rakyat di Sri Aman, Batang Lupar, Miri, Baram selain melancaran Bilik Gerakan KEADILAN Limbang dengan menaiki helikopter, kereta pacuan empat roda dan bot ekoran jalan yang tidak sempurna di kebanyakan kawasan sepanjang jelajah beliau selama dua hari di negeri itu.


sumber sini

PBO: Inilah sebab kenapa kita perlu menolak UMNO dalam PRU ke 13. Kroni dan merompak duit rakyat adalah sindrom yang tidak dapat lari dari UMNO-UPCO.



RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: