Khamis, 31 Mei 2012

Awas peneroka! Saham rugi, tanah peneroka boleh tergadai!

TEMERLOH: Seorang peguam menegaskan, peneroka-peneroka Felda yang membeli saham Felda Global Ventures Holding Bhd (FGVH) boleh kehilangan tanah ladang mereka kerana telah menandatangani borang tanggung rugi.









Harris Abdullah yang baru saja memenangi kes injunksi 154 peneroka daripada Mahkamah Tinggi Kuantan bagi menghalang bank memproses dokumen pinjaman, berkata ia boleh dilakukan melalui pelaksanaan penghakiman.



“Kita tahu proses pembelian saham oleh peneroka ialah melalui pinjaman bank dan peneroka telahpun menandatangani borang tanggung rugi yang telah diedarkan melalui pejabat-pejabat Felda baru-baru ini.



“Semua faham bahawa mana-mana saham tidak akan berada di puncak selama-lamanya dan potensi untuk harganya menjunam pun ada juga. Jadi apabila harga saham jatuh peneroka kerugian dan bank tidak akan berdiam diri.



“Jadi lazimnya bank akan menjalankan empat peringkat tindakan bagi menuntut semula wang pinjaman iaitu saman pemiutang, bankrapsi, sita rumah serta jual asetnya dan perintah larangan pemilikan harta oleh insolvensi,” jelasnya.



Tambahnya, pada ketika itulah tanah 10 ekar ladang peneroka dalam tanah rancangan boleh tergadai akibat hutang pembelian saham yang tidak mampu dibayar.



Harris berkata demikian dalam program Taklimat dan Dialog Isu Penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia & Borang Hutang Bank Peneroka di Kerdau, dekat sini.



Kira-kira 200 orang yang terdiri daripada AJK, Perhubungan PAS Pahang, AJK PAS Kawasan-kawasan, Jentera Penerangan, aktivis peneroka dan pengamal-pengamal media baru hadir.



Selain Harris, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman dan Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut berucap.



Harris menjawap soalan daripada peneroka sebelum itu apakah risiko terhadap peneroka yang telah menandatangani borang tanggung rugi tersebut.



Sementara itu pada 23 Mei lalu seramai 154 orang peneroka berjaya mendapatkan injunksi menghalang CIMB Bank dan AmIslamic Bank untuk memproses dokumen pinjaman yang ditandatangani oleh mereka.



Sebelum itu peneroka di seluruh negara telah dikejutkan apabila mereka diminta menandatangani dokumen pinjaman bank bagi membeli ‘blue form’ untuk saham FGVH, malangnya mereka dipaksa kerana digambarkan bakal mendapat durian runtuh.



Kes tersebut diselesaikan di luar mahkamah apabila dua bank berkenaan bersetuju untuk tarik balik borang tersebut kerana mangakui bercanggah dengan Akta Bank.



Sementara itu, dalam program yang sama dilancarkan borang Pembatalan Pinjaman Bank Saham FGVH bagi membantu peneroka daripada terjerat dengan hutang sehingga boleh tergadai tanah.



Borang-borang tersebut boleh didapati di Sekretariat Felda PAS Pahang.

PBO: kasihan peneroka. risiko tidak didedahkan. tetapi ugutan dengan durian runtuh mengaburi peneroka. melayu yang sudah lama ditipu. Begitulah melayu dulu kini dan selamanya dalam UMNO.

PBO saran kita pakat-pakat keluar dari PR. masuk UMNO. sebab hanya UMNO dapat"membela" nasib melayu. PR hanya pandai "fitnah". Dengan fitnah itu nasib PKFZ, Khir Toyo, NFC, kapal selam, jambatan bengkok, ketirisan di kementerian dan seribu macam lagi sampai juga kepengetahuan rakyat. Alahai melayu.

sumber sini




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

JAKA berkata...

peneroko terpaksa buat hutang utk saham yg tidak seberapa. mereka dijangka bakal menyimpan lebih lama saham kerana jumlah kecil dan sayang akan hasil usaha titik peluh mereka.

maka mereka berisiko dgn beban hutang bila saham jatuh.

buaya2 syaitan tidak perlu simpan saham lama sebab mereka beli saham juta2 dgn pinjaman mudah atas kertas. selepas saham melonjak mereka akan jual dan dapat untung berganda2, boleh terus bayar bank dan bawa lari keuntungan dan meninggalkan urusan felda dgn ucapan...goodbye felda, peneroka pi mampus la kau!

mereka tidak akan simpan saham tu lama sebab tanah felda bukan mereka yg usahakan, buat apa nk sayang2, kelapa sawit pun mereka jarang tengok.

akhirnya peneroka hanyalah KUNTA KINTE felda.