Jumaat, 20 April 2012

PTPTN: Kerajaan Selangor Akan Bayar Semula Pinjaman - berita baik!

Blog SharpShooter

DALAM merealisasikan matlamat memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat, kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat telah mengambil beberapa inisiatif awal dalam memulakan langkah ke arah itu.

Antaranya ialah cadangan memberikan pendidikan percuma di institusi pengajian tinggi yang berada di bawah pentadbiran kerajaan negeri tersebut seperti UNISEL dan KUIS yang bakal dilaksanakan pada September nanti.








Terbaru, penulis mendapat maklumat bahawa kerajaan Selangor akan memulakan fasa kedua program pendidikan percuma kepada semua rakyat ini dengan membayar kembali wang pinjaman PTPTN kepada semua bekas peminjam rakyat Selangor yang telah menyelesaikan pinjaman masing-masing setakat hujung tahun 2011.

Semua bekas peminjam tersebut boleh menghubungi pihak Sekratariat PTPTN Pejabat Menteri Besar Selangor di talian 03-55447000 untuk mendapatkan keterangan lanjut dan mendaftarkan diri ke dalam program ini.

Penulis melihat, maklumat ini adalah satu berita yang mengukuhkan lagi intergriti kerajaan negeri Selangor sebagai sebuah negeri yang prihatin dengan kebajikan rakyat Selangor keseluruhannya.

Walaupun penulis tahu banyak pihak yang ragu-ragu dengan keupayaan kerajaan negeri melaksanakan program pendidikan percuma ini, tapi ternyata berita seumpama ini telah berjaya melenyapkan semua keraguan tersebut.

Simpanan yang tinggi dan unjuran pendapatan kerajaan negeri yang bertambah dari tahun ke tahun adalah petunjuk kepada keupayaan kerajaan negeri membiayai program pendidikan percuma ini tanpa terlebih dahulu menunggu kerajaan Pakatan Rakyat dibentuk di peringkat persekutuan.

Pulangan hasil kutipan cukai, lanjutan dari kemasukan pelaburan masuk asing (FDI) mencecah RM 5 billion pada tahun lepas juga dijangka akan mengukuhkan lagi kewangan kerajaan negeri untuk membiayai program tersebut.

Tambahan pula, kerajaan Selangor baru sahaja menerima pembayaran sebanyak RM 800 juta, sebagai pampasan ke atas pengambil alihan tanah bagi tujuan pembangunan Putrajaya.

Penulis yakin, kejayaan program ini nanti, ditambah dengan pendidikan percuma di dua institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri yang penulis sebutkan di atas, akan memastikan kelangsungan Pakatan Rakyat sebagai kerajaan di Selangor.

PBO: bravo. tahniah pada PR. Ketar lutut puak2 UMNO lepas ni.





RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

5 respon:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Kerajaan PR...kerajaan yg membela rakyat marhean..bukan kerajaan yg membela golongan bangsawan..

GENERATE INCOME HALAL berkata...

BUDAKBOY

Janji TETAP janji. SYABAS DAN TAHNIAH. aku akan tulis surat ke MB Selangor untuk pelepasan 2 org anak aku yg baru abis pengajian kat UNISEL.

Aku dah stop bayar kat PTPTN utk anak sulung aku. anak kedua, aku cakap JANGAN bayar!!..

wooiii.. seorang anak kena bayar RM50K lebih. 2 org dah lebih RM100K. 15 tahun pulak tu. Aku kena bayar sbb anak aku, tanggungjawab aku.

Peduli apa aku walaupun aku bukan anak selangor dan anak aku lahir di KL.. Aku ada 4 undi (ownself, lady wife dan 2 anak). Dah daftar sbg pengundi.

Tuan empunya blog, mohon REMBAT stuff ni tempek kat blog main2 aku. Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Apa la krj slangor ni, kami org umno x nk benda free ni. kmi sanggup papa kedana demi utk bayar ptptn. biar pemimpin kmi hidup senang. dpt byar beribu ribu utk pompuan simpanan o isteri kedua. kmi x ksh.
air free kmi x nk. kmi lbh suka klu bil lg tinggi. rm500 yg krj bn bg tu cukup besar ertinya bg kmi. Dgn duit kmi dpt buat mcm2, termasuk tanggung pompuan simpanan o bini kedua.
Hidup umporno. khaaakpuiiii

Tanpa Nama berkata...

Mana ada kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan negeri pembangkang. Dalam tv, akhbar utusan dan Berita Harian tidak ditunjukkan pun. Yang ada keburukan.Yang ditunjukkan semua kebaikan BN/UMNO.Betul keee????????????

Tanpa Nama berkata...

Hanya merekea yang membuat pinjaman sahaja lebih mengetahuidan merasakannya...............