Khamis, 19 April 2012

Menteri KDN kata hati-hati tuduh samseng serang mahasiswa di Dataran Merdeka .. video ini bukti apa?

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyeru orang ramai supaya berhati-hati dengan dakwaan bahawa pelajar yang berkhemah di Dataran Merdeka diserang.

Tanpa mengutuk serangan tersebut, Hishammuddin berkata dakwaan itu boleh disebarkan melalui sistem SMS dan media dalam talian untuk membangkitkan kemarahan masyarakat umum.








Katanya dakwaan seperti itu juga pernah digunakan sebelum ini untuk mebangkitkan emosi orang ramai dalam isu perkauman, agama dan kini melibatkan pelajar.

Beliau juga menasihati anggota masyarakat supaya tidak bertindak balas dan membezakan di antara dakwaan betul dan palsu.

Bercakap dalam satu sidang media hari ini, Hishammuddin turut menyarankan supaya kes tersebut disiasat oleh agensi terbabit.

Beliau mengulas insiden melibatkan sekumpulan individu tidak dikenali yang merosakkan khemah dan menyerang kumpulan pelajar yang berhimpun di satu sudut di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Seorang daripada pelajar berkenaan dibawa ke hospital ekoran kecederaan yang dialami akibat serangan tersebut.

http://www.malaysiakini.com/news/195435



PBO: samseng ini buat orang lebih benci pada UMNO... tahniahlah.. anda sokong sila like.



RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

Weiii...
Kau orang cuba tengok muka samseng tu...sebijik budak samseng jalan kebun.

Weiiii...
Kau orang cuba tengok baju samseng tu.... sebijik serupa baju yg samseng Jln Kebun tu pakai itu hari - warna hitam.

Weiiii....
Cuba kau orang baca tulisan pada baju samseng tu.....sebijik sama tulisannya pada baju samseng Jln Kebun tu- GLOCK & ADA GAMBAR PISTOL.

Tanpa Nama berkata...

belum bertemu buku dengan ruas lagu tuuu.....