Ahad, 15 April 2012

DBKL bertembung dengan siswa berebut khemah

KUALA LUMPUR, 15 April: 20 mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka terus bertembung dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mahu meroboh dan merampas khemah mereka.

Tengahari tadi, dua dari enam khemah yang mereka bina berjaya dirampas oleh DBKL.








Jam 5 petang petang ini, sekali lagi penguatkuasa DBKL bertindak merampas khemah mereka.

Dua pelajar, Alif Hafiz dan Alif Ashraf ditumbuk oleh peguatkuasa DBKL.
(Pelajar bertindak membuat benteng manusia bagi mempertahankan khemah mereka dari dirampas oleh DBKL)

Peguam N. Surendran yang berada di tempat kejadian berkata mahasiswa boleh buat laporan polis kerana DBKL berkasar.

Kali ini dua khemah mereka berjaya dirampas. Dua lagi khemah yang ada mereka pasang kembali.

Kesemua mereka berusaha untuk berkhemah di Dataran Merdeka sehinggalah 28 April ini apabila pehimpunan Bersih 3.0 akan diadakan di situ.


PBO:

*yang ini aku tak sokong. Bukankah dengar khabar malam ini ada pertunjukkan sempena pertabalan DYMM Yang diPertuan Agong?
sumber sini




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Mahasiswa akan bangkit menentang kerajaan yang ada jika PTPTN ini membebankan palajar. Mahasiswa akan terus menentang jika pembayaran balik PTPTN ini tidak mansuhkan.

Pinjaman & Hutang Koperat dgn mudah dihapuskan, pinjaman pelajaran pelajar dituntut sampai mati.

Ayuh Mahasiswa, kita bangkit dan tukar kerajaan yg BENGAP ini.