Sama seperti kerajaan Sepanyol, yang merupakan ahli Kesatuan Eropah, yang meminta kerajaan Britain menangkap Pinochet, kerajaan Perancis boleh meminta ahli Kesatuan Eropah untuk menahan pegawai Malaysia sekiranya mereka memijak kaki dimana-mana negara di Eropah.
Pinochet, 82, telah ditangkap pada Oktober 1998 di hospital London Bridge dengan menggunakan waran, yang mendakwa beliau telah mengarahkan pembunuhan terhadap rakyat Sepanyol.
Ketika kematianya pada tahun 2006, Pinochet didakwa dengan 300 tuduhan jenayah.
Khamis lalu, Paris Tribunal Instance menerima senarai saksi-saksi yang dipohon oleh Suaram dalam kes dimana DCNS dikatakan membuat pembayaran komisyen kepada pegawai tinggi Malaysia dalam penjualan kapalselam Scorpene.
Diantara saksi-saksi yang disenaraikan oleh Suaram ialah Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Tun Razak.
Menurut seorang peguam lagi, Najib juga boleh ditangkap di Eropah sekiranya dia enggan hadir di mahkamah Perancis. ~ (ADDIN)
PBO: kita tunggu dan lihat
1 respon:
PERKOSA & puak2 yg sewaktu dgnnya pasti akan turun ramai2 ke Perancis nih..
Catat Ulasan