Selasa, 10 Januari 2012

Mahathir dan PERKASA bila nak berhimpun bantah pembebasan Anwar?

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata walaupun hairan dengan keputusan mahkamah berhubung kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun katanya keputusan itu membuktikan tiada konspirasi atau campur tangan kerajaan terhadap badan kehakiman negara.









Dr Mahathir berkata keputusan mahkamah hari ini juga membersihkan imej dan kredibiliti kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan dakwaan-dakwaan buruk, kononnya zalim sehingga boleh memanipulasikan hakim dan keputusan mahkamah di negara ini.

"Walaupun saya hairan jugalah pasal dia (Anwar) tak bersalah. Tapi ini bukti bahawa tidak ada konspirasi dari dulu sampai sekarang. Apabila pihak mahkamah berpendapat dia (Anwar) tidak bersalah, mereka (mahkamah) berkata dia tidak bersalah. Mungkin ada pihak yang nak appeal, saya tak tahulah," katanya.

Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian insentif kepada pemenang pingat emas acara tenis kerusi roda, Abu Samah Borhan, di Sukan Para Asean ke-6 di Solo Indonesia yang berlangsung baru-baru ini.

Tegas beliau badan kehakiman negara sentiasa bebas dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuk pihak kerajaan atau pembangkang dalam membuat sebarang keputusan.

"Itulah sangkaan buruk mereka (pembangkang) iaitu ada konspirasi untuk menganiaya beliau. Mereka sangka kononnya tentu dia (Anwar Ibrahim) akan didapati bersalah tetapi dia didapati tidak bersalah (oleh mahkamah)," katanya.

Dr Mahathir berkata sangkaan buruk sesetengah pihak termasuk pembangkang berhubung sistem kehakiman negara selama ini ternyata salah dan tidak berasas sama sekali.

"Kononnya kerajaan ini zalim sampai hakim pun kerajaan manipulate. Ini tak pernah berlaku. Di dalam negara kita berapa kali kita dah lihat pihak kerajaan didapati bersalah," katanya.

- Bernama

sumber sini

dan ini pula kata Najib:

sumber sini

PBO: apa yang nak dihairankan .. memang tak masuk akal pun kes liwat ni. banyak yang meragukan. lain la kalau kes Lingam .. correct... correct ... correct... eh saya dah lupa la? Nyanyuk ke apa ... ???

nampaknya seminggu dua ni berkumandang lagu mahkamah adil dan bebas dari konkongan kerajaan. keh keh keh .. releks la, masih ada dua peringkat. Macam tak biasa pula. Tengok kes syarikat pembekal saman UMNO berjuta-juta tu.Bukankah peringkat atas lepas kes tu kan????





RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: