Rabu, 11 Januari 2012

baucar bayaran bernombor 2010B04112 .... Jamil Khir, MaIWP .. kan dah kantoi ..??

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Rabu mengemukakan bukti berhubung dakwaan penyalahgunaan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
(MAIWP) yang dinafikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom sebelum ini.

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, bukti tersebut ialah set dokumen daripada MAIWP sendiri dan ...








"Ini termasuk baucar bayaran bernombor 2010B04112 bertarikh 29 April 2010 sebanyak RM32,150.

"Baucar tersebut secara terang merakamkan kumpulan wang yang digunakan merupakan kumpulan wang zakat," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di sini,
Rabu.

Nik Nazmi berkata, dokumen kedua merupakan surat daripada Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara, Datuk
Azmi Khalid yang mengesahkan bahawa RM63,650 wang zakatdigunakan bagi membayar kos guaman MAIWP.

Jumlah itu meliputi bayaran pertama sebanyak RM31,500 pada 9 Februari 2010 dan RM32,150 yang tercatat di dalam baucar tersebut.

Bukti yang dikemukakan itu berhubung dakwaan penyelewengan wang zakat MAIWP bagi pembayaran kos guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil
Khir Baharom, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain
dalam kes qazaf.

PBO: ini satu lagi dakyah dan fitnah pembangkang .. hahahhaha bukti dah tunjuk.. apa pula lepas ni?

sumber sini




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: