Jumaat, 2 Disember 2011

Pengawal keselamatan didakwa cabul juruaudit

KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap tuduhan mencabul kehormatan seorang juruaudit di sini, bulan lalu.







Ahmad Tarmizi Mohd Nordin, 54, didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan wanita berumur 30 tahun itu dengan meramas punggungnya, di lorong antara kedai di Jalan Lumut, Dang Wangi di sini pada 12.40 tengah hari, 30 November lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana antara dua, jika sabit kesalahan. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Alias menawarkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin namun tertuduh yang tidak diwakili peguam meminta jumlah itu dikurangkan.

Majistret Zaki Asyraf Zubir membenarkan Ahmad Tarmizi diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Disember untuk sebutan semula kes. - BERNAMA







RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: