Sabtu, 12 November 2011

Tragedi ngeri 11.11.11

SLIM RIVER: Ketika ramai memilih 11.11.11 sebagai hari istimewa semalam, 36 pelajar dan empat guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Air Merah, Kulim, Kedah, sebaliknya melalui tragedi mengerikan apabila bas rombongan yang dinaiki terbalik, sebelum dirempuh sebuah treler ketika kebanyakan mangsa merangkak untuk menyelamatkan diri, menyebabkan empat orang terkorban.

Dalam kemalangan jam 4.30 pagi di Kilometer 382, Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat sini, dua rakan mereka Khairul Anwar Azhan dan Maysarra Zaidi, masing-masing 15 tahun, mati di tempat kejadian dengan mayat Maysarra dikesan hampir tujuh jam kemudian dalam longkang di bawah timbunan pasir dari treler yang jatuh bertaburan.









Pelajar yang memperoleh 8A ujian percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) itu pada mulanya dilaporkan hilang selepas usaha mengesannya di lokasi kejadian dan hospital sebelum itu gagal.

Guru mereka, Siti Hajar Mohamad, 33, dari Kota Sarang Semut, Kedah pula meninggal dunia di Hospital Slim River (HSR) dengan sebelah kakinya putus dan ditemui berdekatan mayat Maysarra.

Seorang lagi yang meninggal dunia ialah Ketua Wanita UMNO Cawangan Kampung Alor Teja, Basarah Saad, 45 yang dirempuh ketika membantu menyelamatkan pelajar keluar daripada bas berkenaan.

Dia menaiki bas lain bersama rombongan Wanita UMNO Kedah yang dalam perjalanan menghadiri program parti di Tanjung Karang, Selangor, dan berhenti di tempat kejadian atas permintaannya sendiri untuk membantu mangsa.

Kemalangan juga menyebabkan guru mereka, Rosilawati Mat Rifin, 40, dan Azriahani Ahmad, 31 tahun cedera parah. Empat pelajar, Abdul Rahman Danial Abdul Ghani, Mohd Azim Dahalan, Moha Faisal Anuar dan Mohammad Shariffuddin, semuanya berusia 15 tahun dan anak Azriahani, Idzmi Haikal Khairul Shah, 5 yang mengikut ibunya juga parah.

Selain itu, 22 lagi pelajar dan seorang guru cedera ringan. Semua yang cedera ringan dan cedera parah dirawat di HSR dan Hospital Teluk Intan (HTI). Mereka adalah antara 60 pelajar dan tujuh guru SMK Air Merah yang menyertai rombongan menaiki dua bas, tetapi satu lagi tidak terbabit dalam kemalangan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintendan Md Tahir Kassim, berkata mangsa yang menyertai rombongan tiga hari dua malam ke Kuala Lumpur dan Genting Highlands itu, menaiki bas persiaran itu di Kulim pada jam 11.30 malam kelmarin, menuju ke ibu negara.

“Siasatan awal mendapati bas dipandu lelaki berusia 25 tahun itu terbabas ke kiri jalan lalu terbalik dalam posisi mengiring. Dalam keadaan kelam kabut pelajar dan guru menyelamatkan diri, treler membawa muatan pasir yang datang dari belakang melanggar bas berkenaan.

“Kita sudah menahan pemandu bas dan pemandu treler untuk siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Empat maut pada tarikh 11.11.11


SLIM RIVER – Tarikh 11.11.11 yang ditunggu ramai orang bagi melaksanakan sesuatu perkara penting dalam hidup memberi makna sebaliknya kepada empat mangsa
yang terbunuh di Kilometer 382, Lebuh Raya Utara-Selatan yang terletak 100 meter dari hentian sebelah Behrang dekat sini semalam.

Tragedi pukul 4.30 pagi itu amat tragis kerana tiga daripada mangsa yang terbunuh merupakan penumpang bas membawa rombongan 36 pelajar dan tiga guru bercuti
di Genting Highlands, Pahang. Mereka sebelum itu terselamat selepas bas terbalik.

Namun kira-kira 10 minit selepas semua peserta rombongan itu keluar dari bas yang terbalik, sebuah treler membawa guni pasir pula melanggar bahagian belakang
bas tersebut yang berada di lorong paling kiri sebelum treler itu menyondol kumpulan rombongan yang berada di luar bas.

Akibat rempuhan itu, dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Merah, Kulim, Kedah, Khairul Anwar Azhan, 15, serta Maysarra Zaidi, 15, dan guru pengiring,
Siti Hajar Mohamad, 33, terbunuh.

Seorang lagi yang maut ialah Ketua Wanita UMNO Cawangan Alor Teja, Basarah Saad, 45.

Basarah bukan peserta rombongan pelajar sekolah itu tetapi dia menyertai rombongan Wanita UMNO Bahagian Alor Setar yang menaiki sebuah bas lain yang berhenti
kira-kira 10 meter dari bas yang terbalik semata-mata untuk memberi bantuan kepada mangsa bas terbalik itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Supritendan Md. Tahir Kasim berkata, Khairul Anwar, Maysarra dan Basarah maut di tempat kejadian manakala Siti
Hajar mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Slim River (HSR).

Menurut beliau, tujuh penumpang bas rombongan pelajar itu cedera parah. Mereka yang cedera parah dihantar ke HSR dan Hospital Teluk Intan.





RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

BLACK FRIDAY..