Sabtu, 12 November 2011

Caj Air Selangor Naik 71 Peratus Jika Ikut Pelan Kerajaan BN

SHAH ALAM, 9 NOV : Setiap isi rumah di Selangor bakal berdepan dengan kenaikan bil air sehingga 71 peratus berbanding kadarnya pada 2008 sekiranya Kerajaan Persekutuan terus berkeras menghalang Kerajaan Negeri Selangor melaksanakan penstrukturan industri air di negeri itu.










Sejak mengambil alih pentadbiran pada tahun 2008, Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat melancarkan bantuan pemberian 20 meter air percuma atau rebet RM11.40 sebulan kepada pengguna domestik bermeter. Ini memberi faedah kepada lebih 4 juta pengguna di Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pihaknya telah melantik Pakar Perunding kejuruteraan, Tetuan Erinco Sdn Bhd bagi melakukan carian, semakan dan penandaan keatas semua asset air Selangor dan seterusnya melakukan nilaian terhadap aset-aset tersebut.

"Selepas kelemahan operasi SYABAS didedahkan dalam Laporan Audit Negara 2008, satu notis telah dihantar kepada kerajaan persekutuan untuk menamatkan konsesi Syabas.

"Namun ia tidak dipersetujui oleh kerajaan persekutuan,"katanya semasa pembentangan Bajet 2012 di Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor ( DUN) di sini hari ini.

Sebagai rekod, penswastaan industri air di Selangor bermula sejak 1994 dengan operasi rawatan oleh Puncak Niaga, diikuti SPLASH, ABASS dan akhirnya Syabas pada Disember 2004.

Senario ini hanya memberi manfaat dan keuntungan kepada syarikat konsesi berbanding rakyat negeri Selangor.

Menyedari kepincangan ini, Pakatan Rakyat sejak mengambil alih sehingga Januari tahun ini telah menawarkan sekurang-kurangnya tiga tawaran untuk mengambil alih dan menstrukturkan semula industri air.

Namun hanya ABASS dan Splash yang memberi kerjasama baik dengan menerima tawaran kerajaan negeri. Manakala pihak Puncak Niaga dan Syabas kekal menolak tawaran tersebut.

Justeru, kerajaan negeri hanya akan membenarkan projek Langat 2 dibina selepas Kerajaan Persekutuan menyelesaikan rundingan penstrukturan semula industri air yang merupakan penyelesaian holistik serta menguntungkan rakyat seperti yang dihasratkan dalam Akta Perkhidmatan Industri Air 2006.

"Harus diingatkan, segala asset ini telah digunakan secara percuma oleh kroni yang mendapat konsesi air sedangkan rakyat pula yang dibebankan dengan caj yang tinggi.

"Malangnya Kerajaan Persekutuan lebih sanggup membela kroni perniagaan berbanding rakyat Selangor. Namun ia tidak mematahkan semangat kita (kerajaan Negeri) untuk terus menjaga kepentingan rakyat Selangor," jelas Khalid.

sumber klik sini




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: