Rabu, 30 November 2011

Sarjan dibuang kerja menang kes

KUANTAN - Seorang Detektif Sarjan yang pernah berkhidmat di Balai Polis Bentong, Pahang menarik nafas lega apabila Mahkamah Tinggi di sini semalam memutuskan tindakan buang kerja terhadapnya pada 19 Ogos 2009 sebagai tidak sah.







Mohamad Solleh Mat Isa, 40, didakwa mencemar nama baik pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan meletakkan kepentingan peribadi melebihi kepentingan awam melalui perbuatannya yang didakwa berkawan dengan penjenayah semasa berkhidmat di Balai Polis Bentong.

Bagaimanapun, Hakim Datuk Mariana Yahya dalam kamar hakim berkata, tuduhan pendakwaan yang dibuat terhadap Mohamad Solleh disifatkan sebagai cacat atau tidak lengkap kerana dalam kertas pertuduhan tidak dinyatakan tarikh Mohamad Solleh melakukan kesalahan itu.

"Alasan tersebut nyata tidak setimpal dengan tindakan dibuang kerja yang dikenakan terhadap Mohamad Solleh.

"Oleh itu, mahkamah memutuskan tindakan dibuang kerja itu tidak sah dan dia boleh bekerja semula termasuk menerima semua tunggakan gaji sepanjang tempoh itu," kata beli







RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: