Jumaat, 18 November 2011

Saman RM30j: Guan Eng, PKR perlu fail pembelaan 29 Nov

KUALA LUMPUR 18 Nov. – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 29 November ini bagi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta dua yang lain yang disaman oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang sebanyak RM30 juta supaya memfailkan pembelaan masing-masing sebelum tarikh tersebut.









Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah menetapkan tarikh itu di kamar beliau dengan kehadiran peguam Datuk Jahaberdeen Mohd. Yunoos mewakili Datuk Zainal Abidin Osman selaku plaintif dan peguam Latheefa Koya bagi pihak defendan.

Mahkamah juga menetapkan 13 Disember ini untuk pengurusan kes itu.

Pada 24 Oktober lalu, Zainal Abidin memfailkan saman itu atas alasan difitnah kerana mendakwa defendan mengaitkan parti itu dengan demonstrasi dan cubaan membakar ibu pejabat DAP di negeri itu.

Zainal, 51, menamakan Guan Eng, 51, atas kapasiti peribadinya, PKR & syarikat penerbitan portal berita rasmi parti itu, Keadilan Daily, Segmen Fleksibel Sdn. Bhd.; dan Ketua Penyuntingnya, Fazalah Pit masing-masing sebagai defendan pertama hingga keempat. – Utusan

sumber klik sini




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: