Ahad, 13 November 2011

Mantan Timbalan Presiden MIC dimasukkan ke hospital, komplikasi otak

KUALA LUMPUR 12 Nov. — Bekas Timbalan Presiden MIC, Datuk S. Subramaniam, 65, dimasukkan ke Hospital Pantai Bangsar pagi ini akibat komplikasi otak.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Makkal Thalaivar di kalangan masyarakat India itu dimasukkan ke Hospital Assunta, Petaling Jaya di sini malam tadi selepas mengadu sakit kepala dan berpeluh.








Bagaimanapun, beliau dihantar ke Hospital Pantai Bangsar kira-kira pukul 9 pagi ini untuk menjalani pembedahan otak.

Difahamkan beliau masih menjalani pembedahan otak yang dikatakan mengambil sekurang-kurangnya enam jam.

Antara orang kenamaan yang melawat beliau adalah Duta Khas Malaysia ke India dan Asia Selatan, Datuk Seri S. Samy Vellu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk S.K. Devamany dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan.

Pada 2009 beliau gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden itu setelah tewas kepada Datuk G.Palanivel dengan majoriti 82 undi. - Utusan


sumber klik sini




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: