“Semua nama calon sudah dihantar. Sama ada yang dipilih atau yang belum tentu dipilih supaya (calon terbabit) diluluskan oleh Majlis Syura Ulama (Pas Pusat), (mengambil kira) daripada segi kewibawaan, pegangan agama dan akhlak yang mulia.
“Ini termasuk aspek moral calon Dewan Himpunan Penyokong Pas yang juga akan ditonjolkan pada PRU-13. Memang (akan) ada nama baru,” katanya selepas melancarkan penubuhan Kelab Pacuan Empat Roda Pas Marang (Pasak) di Rusila, di sini.
Hadir sama, Yang Dipertua (YDP) Pas Kawasan Marang yang juga Penaung Kelab Pasak, Yahaya Ali.
Difahamkan sebahagian besar senarai nama calon yang bakal bertanding juga sudah dihantar ke Pusat dan Jawatankuasa Politik sebelum ia diluluskan Majlis Syura Ulama Pas Pusat berikutan tarikh PRU-13 dijangka diumumkan bila-bila masa.
Pas dilihat berkeyakinan tinggi dalam memastikan peristiwa bahtera Pas tenggelam dilanda gelombang biru di Terangganu pada 2004 tidak terus berulang, malah tekad menawan semula negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.
Sebelum ini, Presiden Pas itu menang di Parlimen Marang mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Ahmad Ramzi Mohamad dengan majoriti 2,747.
Beliau memperoleh sebanyak 33,435 undi manakala Ahmad Ramzi memperolehi sebanyak 30,688 undi.
Sementara itu, Yahaya ketika ditanya peluang dan kemungkinan dia akan dicalonkan sebagai muka baru bagi kawasan Parlimen Marang bagaimanapun, enggan mengulas lanjut pertanyaan diajuk
sumber klik sini