Ahad, 13 November 2011

Jual rakan untuk diratah bagi langsai hutang

KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang mahu menyelesaikan hutangnya secara licik memperdaya rakan sendiri dengan tawaran percutian percuma di ibu kota sebelum gadis berusia 19 tahun itu ‘dijual’ kepada seorang lelaki yang kemudian bertindak kejam mengurung, mendera dan merogolnya.

Bagaimanapun, gadis itu bernasib baik kerana berjaya melarikan diri selepas 60 jam jam dikurung di sebuah rumah di Taman Pusat Kepong di sini, iaitu sejak awal pagi 6 November lalu hingga jam 2 petang kelmarin.









Mangsa melarikan diri ketika dua lelaki yang menjaganya tertidur, lalu menaiki teksi pulang ke rumah bapanya di Pontian, Johor.

Sumber polis berkata, ketika dikurung, mangsa bukan saja dirogol seorang lelaki berusia 30-an, tetapi turut dirotan hingga seluruh badannya berbirat.

Menurutnya, tragedi hitam dalam hidup gadis itu bermula jam 12 tengah malam, 6 November lalu, selepas dia yang menetap di Pontian, Johor, bersetuju mengikut rakan wanitanya berusia 20-an untuk ‘bercuti’ di ibu kota dengan semua kos ditanggung.

Katanya, selepas menempuh hampir tiga jam perjalanan, mangsa dibawa ke sebuah rumah di Taman Pusat Kepong, dekat sini.

“Di rumah itu bermula penderitaan mangsa apabila MyKad dan dokumen penting miliknya, selain wang tunai dirampas rakan wanitanya itu sebelum dia dikurung dalam sebuah bilik,” katanya.

Menurutnya, tidak lama kemudian seorang lelaki dipercayai rakan subahat rakan wanitanya datang ke rumah berkenaan dan bertindak kejam dengan merotan mangsa menyebabkan seluruh badan terutama di perut dan pinggang cedera.

“Ketika dirotan, rakan mangsa hanya menyaksikannya dan rayuan mangsa yang minta dikasihani langsung tidak diendahkan. Selepas dirotan, lelaki terbabit merogol mangsa.

“Mangsa berkata dia dirotan beberapa kali sepanjang tempoh dua hari dikurung dan dirogol dua kali,” katanya.

Sumber itu berkata, pagi kelmarin wanita terbabit meninggalkan mangsa di bawah jagaan lelaki yang merotan serta merogol mangsa serta seorang lagi lelaki lain yang baru datang ke rumah itu.

"Bagaimanapun, pada jam 2 petang kealpaan dua lelaki itu yang tertidur membolehkan mangsa mencuri kunci rumah sebelum melarikan diri,” katanya.

Katanya, mangsa menahan sebuah teksi sebelum meminta dihantar ke rumahnya di Pontian, Iohor. Ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya, mangsa sempat menghubungi bapanya memaklumkan kejadian itu.

Mangsa yang ditemani bapanya membuat laporan di balai polis berhampiran rumahnya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan. (HM)

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.





RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: